Achik Sufi

Sunday, April 29, 2007

Malam yang sunyi...

Pada suatu malam yang sunyi, achik pergi ke kedai runcit yang berhampiran dengan rumah sewa achik. Sebenarnya achik pun tak tahu apa yang achik nak beli tapi semestinya sesuatu yang akan diisi ke dalam perut achik yang sedang menyanyi-nyanyi lagu menyayat hati minta diisi makanan. Sedang achik asyik membelek barangan yang ada di kedai runcit tersebut, achik ternampak sahabat achik. " La...ingatkan sape tadi, patutla besar semacamje...( mengumpat dalam hati tak berdosa, betulke hukum tu...?) ". Achik pun menegur sahabat achik tu " mai nak beli ape nie...? ( sahabat achik nie orang belah2 utara, tu yang cakap loghat utara) " sahabat achik pun menjawab " nak beli aiskrimla...".pelik jugak kawan aku nie..." buang tebiat betulla hang nie..."sahabat achik " dah mengidam, nak buat camne...". Aik...dah macam orang mengandung lak dia nie, sambil ketawa achik masih sempat bagi pesanan " kalau nak beli aiskrim, jangan beli yang lebih seringgit " dengan muka yang pelik dan penuh kesangsian bagai ternampak UFO mendarat, kawan achik bertanya " kenapa tak boleh beli yang lebih dari seringgit? " dengan selamba achik menjawab " ada lemak babi "


Kalam Achik : Masih banyak perkara yang achik tak tahu rupanya di dalam dunia nie, salah satunya ialah ( penyakit mengidam bukan sahaja dihidapi oleh orang perempuan yang sedang buncit kerana mengandung tetapi boleh juga dihidapi oleh lelaki yang berperut buncit ) jangan marah...satu penemuan yang terbaru.

1 Comments:

  • Salam.

    hahak. betul ke yang senggit ada lemak babi? ha ha ha ni pun teori baru ni :p

    oh oh..bukan sekadar yang buncit-buncit aja yang mengidam, yang slim-slim river pun ada yang mengidam. percayalah :p

    By Anonymous Anonymous, At April 29, 2007 at 5:02 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home