Achik Sufi

Tuesday, May 1, 2007

kisah ratusan tahunda...

Pada suatu hari, seorang wartawan ingin mencari cerita terbaru untuk dimasukkkan ke dalam majalah mereka yang akan diterbitkan pada setiap hujung minggu. Sambil meronda-ronda mencari cerita terbaru, dia mendapat panggilan daripada sahabatnya yang juga seorang wartawan. ” Salam, ada apa call aku nie…?” sahabat “ aku ada cerita terbaru untuk kau” wartawan “ yeke…kaulah sahabat aku dunia akhirat” sahabat “kau pergi ke tempat nie, ceritanya mengenai…pot…pet…” wartawan “ ok..aku pergi sekarang jugak ”.
Sesampainya dia di sana, dia pun bertemu orang yang akan ditemuramah olehnya. Cerita kali ini mengenai seorang tua yang berusia ratusan tahun dan berjaya mengekalkan kesihatannya hingga sekarang. Dalam hati repoter itu berkata” pasti lakula majalah kali nie” . Dia memerhatikan orang tua itu, dengan wajahnya yang sudah berkedut, rambut yang sudah memutih dengan uban dan cukup sifat-sifat sebagai seorang yang sudah berusia ratusan tahun tetapi apabila terpandang sahaja orang tua itu perasaa pelik menyelubungi hati. Nak tahu kenapa…? Orang tua tu masih menghisap rokok tanpa henti dan di sekelilingnya penuh dengan botol-botol arak yang baru lepas diminumnya. Dia pun memulakan temuramahnya, wartawan ” atuk nie masih sihat walaupun sudah tua begini…” belum sempat menghabiskan kata2nya orang tua itu memotong “ kenapa panggil atuk, panggil abang dahla…” wartawan “ aik…kenapa lak orang tua nie elokla aku panggil dia atuk , takpelah…abang pun abangla…(dalam hati)” “boleh saya tanya apakah rahsia abang hingga boleh mengekalkan kesihatan abang sampai sekarang?” orang tua “ sebenarnya kalau kamu nak tahu, tapi abang susahla nak bagitahu kat kamu…” dengan perasaan ingin tahu wartawan tue pun bertanya “ apa dia abang, tolonglah… “ orang tua “ sabar2 rahsia bukan boleh bagitahu senang2 “ reporter mula berasa gembira kerana orang tua tu dah mula hendak menceritakan rahsia bagaimana mengekalkan kesihatan. Orang tua itu pun berkata”sebenarnya…aku menghisap rokok sebanyak 80 batang dan minum arak 20 botol sehari “ wartawan “ ui…biar betul abang, satu penemuan terbaru nie, nanti saya akan letakkan cerita nie di muka hadapan majalah kami ” orang tua “ bagusla tu” tetiba wartawan tue teringat satu soalan yang paling penting untuk ditanya “ boleh saya tahu umur abang yang sebenarnya “ sambil menonyoh lubang hidung orang tua tue menjwab “ 24 tahun…“ wartawan “ haaa…”


Kalam Achik : Sambungan cerita ” Beberapi hari selepas itu keluar satu berita mengenai seorang wartawan yang dimasukkan ke wad kerana tercium gas beracun dari stokin yang berusia ratusan tahun dan belum pernah dibasuh, dikatakan wartawan itu dipaksa mencium stokin oleh sahabat yang tertipu olehnya beberapa hari yang lalu “.macam2 hal da…

2 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home