Achik Sufi

Wednesday, May 2, 2007

Kisah menyayat hati da...

Indo mie berbagai perisa

Baru2 nie achik ke airport untuk menghantar sahabat2 achik yang pulang ke Malaysia. Mereka nie adalah lepasan UM dan datang ke sini untuk mempelajari bahasa arab dengan lebih mendalam. Rase macam baru semalam mereka sampai ke sini, dah…balik ke Malaysia semula. Akhir zaman nie, masa berlalu begitu pantas…jika kita tak mengejarnya, kita akan sentiasa ditinggalkan…mungkin sebab itulah umat islam masih lemah dan sentiasa ditindas oleh musuh2nya.
Erm…bila bercerita mengenai Malaysia nie, rase rindu lak kat mak ayah di kampung…Entah sihatke tidakla agaknya. Hidup di perantauan nie banyak betul cabarannya, yela…“ hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri…lebih baik negeri sendiri ”. Dengan kehidupan di sini yang kurang mementingkan peraturan dan dengan sistem pengurusan yang kurang teratur menyebabkan masalah kepada kami pelajar ajanib ( bukan penduduk Syria ) untuk menguruskan kehidupan kami di sini. Tetapi semua nie, achik anggapkan sebagai cabaran untuk kehidupan sebenar yang akan achik hadapi di Malaysia nanti. Sekarang nie achik rase minggu percutian bagi rakyat di Malaysia, cuti hari buruh, pertabalan yang dipertuan agong dan macam2 lagi…achik rase mesti ada kenduri kahwin yang dilangsungkan minggu nie. Masih terngiang2 diingatan bagaimana meriahnya majlis perkahwinan yang diadakan di Malaysia, dengan lauk pauknya yang menyelerakan….sehingga menjilat jari kaki da...Bilalah mulut achik nie nak merasa makanan Malaysia ek…
Rasenye cukuplah sampai di sini, nanti cerita bebanyak rasa nak balik Malaysia pulak…buat sahabat2 yang ada di Malaysia nun jauh di mata, makan nasi minyak tue jangan lupakan kami di perantaun nie ek…salam perantaun buat semua. Selamat hari buruh, maaf zahir batin…he..he..( melalut lak achik nie… )

Kalam Achik : Hari nie Achik rase sungguh. gembira…nak tahu kenapa…? Achik berjaya makan nasi selepas 3 hari terpaksa menelan mie segera ( indo mie ) kerana semua ahli rumah achik sedang mengalami kemelesetan ekonomi yang akan melanda kami disetiap hujung bulan. Moga2 allah murahkan rezeki kami untuk bulan nie pulak…

7 Comments:

  • salam. nasik minyak tak bape elok diamalkan..nanti kene kencing manis..heh...tapi k gak pe...manis tu..
    makan megi jek..ok la..dr takde pepe nak dimakan..lagi sadis ma...

    By Anonymous Anonymous, At May 2, 2007 at 6:59 AM  

  • Achik!

    jauh perjalanan luas pemandangan banyak pengalaman hebat fikiran. betul tak :)

    psssttt: jangan makan mee segera banyak sangat ;)

    By Blogger akirasuri, At May 2, 2007 at 2:13 PM  

  • erm...bukannya achik nak makan, terpaksa makan da...sedih..sedih..

    By Blogger Achik_Sufi, At May 2, 2007 at 2:33 PM  

  • salam achik sufi. Biasalah anak perantauan. Walaupun tinta merantau dlm Msia juga tapi bila masa tgh semput mkn biskut cicah kopi jer. Tapi, kalo terdesak sangat baru mkn meggi..

    Sebenarnya dalam hidup ini kita perlu belajar hidup susah spy menjadi hamba yg lebih bersyukur dan menghargai bermacam nikmat kurniaanNya.

    Ok salam maju jaya buat sahabat2 di syria.

    By Blogger tintaHati, At May 2, 2007 at 3:54 PM  

  • Salam kenal,

    Berlapar ada hikmahnya - mengajar kita untuk berasa insaf.

    Syukur dengan apa yang ada. Nikmat Syukur menjernih hati.

    Amat menghargai kunjungan Achik Sufi ke teratak saya tempoh hari. Harapnya kunjung-mengunjung berterusan :)

    By Blogger Bunga Rampai, At May 2, 2007 at 7:07 PM  

  • Salam...

    By Blogger Sunan_Jati, At May 3, 2007 at 12:48 AM  

  • hi!

    By Blogger ina naim, At May 3, 2007 at 1:04 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home