Achik Sufi

Thursday, January 3, 2008

Kembalilah kepada islam!!!


Pelik...pelik...dan pelik...Bagaimanakah pemimpin seperti ini akan menjadi contoh buat rakyat dalam menjayakan Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) melalui pembinaan modal insan yang telah diwar-warkan, pada pandangan achik mungkin ini hanya akan menjadi rancangan yang tidak mungkin akan berjaya. Begitu juga pemimpin-pemimpin negara kita yang lain yang telah terbukti mustahil menjadi seorang yang akan memimpin kita semua untuk menuju pembinaan modal insan yang berjaya. Marilah kita kembali kepada islam kerana telah terbukti dengan islamlah kita semua akan maju tak kira dari segi rohani dan fizikalnya. Tidak bermakna jika kita hanya maju dalam bentuk fizikalnya tetapi kita masih mundur dari segi rohaninya. Hanya islamlah yang dapat mendidik hati agar ia dapat dibendung untuk menjadi seorang insan yang diperlukan oleh agama, bangsa dan negara. Sebagai contohnya saidina Umar al-khattab, bagaimana dari seorang kafir yang tegar dan ganas dalam tindakannya menjadi seorang khalifah bagi dunia islam yang lemah lembut dan bertimbang rasa. kembalilah kepada islam!!!


Kalam Achik: Achik memuji tindakan Datuk Chua Soi Lek diatas tindakan drastik beliau baru-baru ini kerana ini adalah sikap yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin negara kita. Semoga penggantinya nanti adalah seorang yang amanah dan bertanggungjawab dalam membela nasib rakyat...amin.

9 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home