Achik Sufi

Monday, November 19, 2007

Dedikasi buat teman...



Perkahwinan adalah sesuatu yang suci yang telah dikurniakan oleh Allah buat hamba-hambanya. Perkahwinan juga adalah bukti kecintaan seorang lelaki terhadap seorang perempuan. Dengan perkahwinan seseorang perempuan telah dimuliakan. Betapa cantik dan indahnya perkahwinan jika kita halusi setiap hikmah yang terselit disampingnya. Perkahwinanlah yang menemukan sulaiman dan balqis, yusof dan zulaikha begitu jugalah yang menemukan junjungan Muhammad dan khadijah.
Dua hati menjadi satu dalam melayari bahtera rumah tangga yang telah dibina. Ada masa suka dan ada juga masa duka, semuanya dirasai bersama pahit dan manisnya. Sedangkan lidah lagikan tergigit inikan bantera rumah tangga, terkadang dilanda badai tetapi semua ini reda apabila berpandukan syariat yang telah ditetapkan oleh tuhan yang maha esa. Rumah tangga menjadi indah jika iman dan takwa menjadi pegangannya.
Tidak dapat ditulis betapa indahnya alam rumah tangga yang mana iman dan takwa menjadi panduannya. Kepercayaan diantara satu sama lain telahpun menjadi pendamping yang menyanggah setiap dugaan yang tiba. Kecintaan kepada pasangan semakin mendalam kerana cinta yang ditanam telah disinari oleh sinaran iman dan takwa. Cinta itu telah tumbuh dan semakin mekar dan tak mungkin dilayukan melainkan atas izin tuhan yang maha esa.
Dedikasi ini ditujukan buat teman-teman yang sedang berbahagia bersama pasangan masing-masing. Jagailah kesucian perkahwinan ini dengan sebaiknya kerana ia adalah kurnia yang telah diamanahkan ke atas pundak teman-teman sekalian. Peliharalah ia agar menjadi pedoman buat zuriat teman-teman sekalian di masa yang akan datang.

Kalam Achik: Achik mendoakan agar antum semua akan berbahagia dan sentiasa gembira menjalani kehidupan suami isteri sehingga ke anak cucu. Achik juga mendoakan antum semua akan dirahmati allah sekeluarga. Insyaallah...amin.

9 Comments:

  • tahniah untuk member awak jugerk (sudi-sudikanlah melawat jugerk ker jamilahyangayu.blogspot)

    By Blogger Mak Su, At November 19, 2007 at 11:18 PM  

  • selamat pengantin baru pada member achik.
    semoga menjadi suami yg soleh dan isteri yg solehah....

    By Blogger cikdinz, At November 21, 2007 at 7:20 PM  

  • achik bila pulak?

    By Blogger Mimiamilia, At November 22, 2007 at 1:33 AM  

  • ucapkan tahniah pada pengantin...comeynyer....

    untuk naskah nasihat

    5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W

    Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan
    lima wasiat, antaranya :
    • Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia
    ini untuk engkau.
    • Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
    • Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
    • Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
    • Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
    Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
    • Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
    • Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
    • Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
    • Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
    • Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
    • Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
    • Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

    By Blogger Mardihah, At November 26, 2007 at 5:48 PM  

  • wahhh bestnya...kamu punya turn bila plak ;P

    By Blogger tintaHati, At November 26, 2007 at 10:27 PM  

  • selamat pengantin baru utk kawan kamu.. :)

    By Blogger achik, At November 26, 2007 at 11:52 PM  

  • Kamu bila lagi? :D

    By Blogger blackpurple @ jowopinter, At November 27, 2007 at 2:26 AM  

  • salam kehidupan,

    macam kenal aje....sape yer?....acik bleh bagitau tak....

    By Blogger CerminDiri, At November 27, 2007 at 12:42 PM  

  • ni ape heinye dok ceghite kawin ni..
    orang dah darurat ni,..
    ada tau ka?!
    hehe

    By Blogger BaYu SenJa, At November 29, 2007 at 12:20 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home