Kejor Yob Kejor!!!

Kejor Yob Kejor,
Slogan kami...!!!
Walaupun berjauhan dari negara yang tercinta...tapi achik masih dapat merasakan kehangatan Final Piala Malaysia sabtu ini. Negeri tercinta berjaya melayakkan diri ke final setelah kempunan beberapa kali semenjak dari tahun 2001 hinggalah berjaya merealisasikan penampilan ke final buat kali ke-18.
walaupun berada di Syria, beberapa kali juga bertikam mulut dengan penyokong kedah di sini( biasela melawak sesame kengkawan...) setelah 2 kali pertemuan dengan negeri jelapang padi.pertama di suku akhir Piala FA dan setelah itu persaingan sengit di Liga Super dan kedua-duanya Perak memberi peluang Kedah untuk bergembira buat sementara waktu kerana sesiapa yang memenangi Piala Malaysia seolah-olah memenangi kesemua piala yang dipertandingkan. Kali ini Perak akan menunjukkan semangat seladang...siapa datang pasti kene tendang.SEMANGAT DATUK MAHARAJALELA!!!
achik mengharapkan sukan bola sepak kita akan terus maju selepas kebangkitan skuad bawah 23 tahun kita yang berjaya merangkul piala pesta bola merdeka selepas aksi memalukan skuad senior di sukan asia yang lalu. sampai sekarang masih ada pak arab sini yang memperlecehkan skuad kita, bukan kesalahan mereka tetapi adalah kesalahan kita yang tidak menunjukkan "semangat melawan " skuad harimau.
"Majulah Perak untuk negara"
Kalam Achik: Kejor yob kejor...jangan anda silap sebut yob kejor yob udah, membawa makna yang lain tue...HIDUP PERAK!!!
7 Comments:
salam achik...
perak leh menang ka?....
By
faridmw, At
September 7, 2007 at 8:03 AM
Achik,
Rasanya Perak tak menang..hihihi
By
Mimiamilia, At
September 7, 2007 at 4:25 PM
Majulah sukan untuk negara...
Salam Achik :)
By
Bunga Rampai, At
September 8, 2007 at 2:44 AM
ustat sufi..
perak sudah kalah la ;)
huhu..
jaga diri..
By
akirasuri, At
September 9, 2007 at 1:41 AM
Hihihi Achik..
kan dah kata..Perak kalah!
By
Mimiamilia, At
September 9, 2007 at 8:49 AM
Horreyyy Kedah menang! Hehehe... :D
Buat pasukan perak sila cuba lagi tahun akan datang!
By
tintaHati, At
September 9, 2007 at 6:21 PM
hehehe
adeh la bola. ok set. buku dah di order.
By
khairyn, At
September 10, 2007 at 3:40 AM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home