Achik Sufi

Friday, May 18, 2007

Kenangan lalu…mengapa kau hadir menghimpit di kalbu…

Alam persekolahan amatlah meninggalkan kesan buat diri Achik, di alam persekolahanlah Achik membesar untuk menjadi seorang insan berguna. Banyak kenangan yang telah Achik lalui samada kenangan manis atau pahit, tetapi semua itu telah menjadi asam garam kehidupan.

Teringat kenangan achik bersama seorang ustaz ketika achik masih seorang pelajar di ma’had dulu. Kenangan yang akan sentiasa terpahat di dalam memori achik. Namanya Ustaz Soleh Bin Basri. Seorang yang amat digeruni ketika Achik di ma’had kerana sifat garang yang telah dimaklumi oleh semua pelajar. Tetapi sebenarnya dia adalah seorang yang lemah lembut walaupun kebenaran itu mungkin telah terlambat bagi diri Achik.

Ketika masih di Ma’had achik sering digelarkan seorang budak nakal oleh ustaz2. Dengan perangai achik yang suka melangggar peraturan sekolah, membuatkan Achik dan beberapa orang sahabat lagi amatlah popular disetiap kali perbarisan mingguan. Selalunya nama Achik akan tersenarai di dalam senarai pelajar yang akan dirotan. Orang yang akan merotan itu pastilah Ustaz Soleh kerana dia adalah guru disiplin kami. Sifat dendam dan benci sering berlegar di dalam hati terhadap ustaz Achik yang seorang nie.

Ketika achik di tahun akhir, achik mula tersedar yang sifat achik ini akan merugikan diri sendiri. Achik mula memperbaiki perangai dan pelajaran yang kurang memuaskan sebelum ini. walaupun terkadang achik masih tersilap langkah tapi achik teruskan usaha untuk menuju kearah itu. Orang yang paling memberi sokongan adalah ustaz yang paling achik bencikan sebelum ini tak lain tak bukan adalah Ustaz Soleh. Dia banyak memberikan dorongan kepada achik walaupun sering diselitkan dengan sifat garangnya itu. Achik amat berterima kasih atas perhatian dia kepada Achik walaupun beberapa ustaz yang lain menganggap achik masih seperti dulu.

Apabila keputusan syahadah thanawiyah yang telah kami duduki sebelum ini diumumkan, Achik amat terkejut kerana achik adalah antara 3 terbaik bagi keputusan syahadah thanawiyah tahun itu dan melayakkan diri Achik untuk menyambung pelajaran ke Yaman. Achik amat berterima kasih diatas sokongan yang ustaz soleh berikan. Dia tidak jemu2 mendidik achik walaupun Achik selalu menimbulkan kemarahannya. Achik tidak memilih untuk menyambung pelajaran ke sana tetapi datang ke Syria ( atas sebab-sebab yang tertentu ). Sebelum Achik berlepas ke Syria dia sempat memberi beberapa nasihat yang akan Achik ingat sampai bila-bila.
Tetapi itu semua kisah beberapa tahun yang lalu, ketika Ustaz Soleh masih menabur jasa di dunia ini. Sekarang dia telah selamat kembali ke sisi tuhan yang lebih menyayanginya. Mungkin telah terlambat bagi diri Achik untuk membalas jasanya tetapi Achik tak akan melupakan segala nasihat dan ajaran yang telah dicurahkan buat Achik. Ustaz…ana akan menyambung kembali perjuangan ustaz dalam mendidik anak bangsa ke arah kebaikan. Terima kasih ustaz….!!!

Kalam Achik: Walaupun Ustaz Soleh telah meninggalkan dunia ini tetapi segala nasihat dan ajarannya akan terus hidup di dalam diri Achik. Selepas ini Achik akan biarkan nasihat dan ajaran Ustaz Soleh akan terus hidup di dalam diri generasi-generasi yang akan datang. Doakan Ustaz Soleh berada bersama orang-orang yang beriman…amin. Al-Fatihah…

16 Comments:

  • Mi pun merindui zaman sekolah. Tapi mi tak macam achik.Mi budak skema.Skema giler.pijak rumput pon takut!Ehehe..

    By Blogger Mimiamilia, At May 18, 2007 at 2:10 PM  

  • YE..YE..DAH HAPDET..DAH HAPDET!

    UNTUK SEKIAN KALINYA!




    SALAM...
    azzam

    By Blogger Unknown, At May 18, 2007 at 7:08 PM  

  • huhuhuhuh..sob..sob...sedeynyeee citer neh...

    By Anonymous Anonymous, At May 18, 2007 at 10:11 PM  

  • Alhamdulillah achik dah berubah. Semoga roh Ustaz Soleh di tempat bersama para solihin.

    By Blogger Iman Mawaddah, At May 19, 2007 at 9:30 AM  

  • salam,
    hehehehe.. aku dah kembali..

    bagus.. boleh jadi murid soleh ni (sebab ustaz nama soleh..)

    (",)

    By Blogger banggugar, At May 19, 2007 at 2:00 PM  

  • ya tengok muka saja boleh tahu tahap kenakalan sufi ni. bak kata sekilas ikan di air kutahu jantan betina nya.

    apa pun al fatihah buat arwah ustaz. moga ruh beliau dicucuri rahmat olehNya..

    By Blogger tintaHati, At May 19, 2007 at 10:14 PM  

  • salam kehidupan,
    adakah achik memang betul2 dah berubah?....hanya jauhari yang mengenal manikam.

    By Blogger CerminDiri, At May 19, 2007 at 10:20 PM  

  • mimiamilia: skema pun skemalah...doakan achik berjaya...

    azzambellamy: thanks azzam...

    putri hanan; hu...hu..hu...tue bunyi nangis ke gelak...?

    iman mawaddah: moga kita semua akan bersama orang soleh...

    bang gugar: yeeeaaa....selamat kembali, ngah melori kemane skarang...?

    insyaallah....

    tinta hati: cam biase nakalje ayat tue...doakan achik berjaya merubah diri sendiri ke arah yang lebih baik.

    cermindiri: hanya achik yang lebih mengetahui diri achiki sendiri...( bagi achik memang banyak yang achik dah berubah dari sifat achik yang dulu...walaupun masih ade saki bakinya...)

    By Blogger Achik_Sufi, At May 20, 2007 at 7:00 AM  

  • sufi..

    beruntung berkenalan dengan beliau. mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat. amin.

    berusahalah. orang di Malaya ada mengirim doa untuk bakal-bakal ustat di sana :)

    By Blogger akirasuri, At May 20, 2007 at 12:37 PM  

  • akirasuri: akira...

    thanks kerana memahami...

    doakan ustaz2 kat c nie najah imtihan...

    By Blogger Achik_Sufi, At May 21, 2007 at 7:42 AM  

  • Baru aku tau hg budak nakal dulu. lani awat nampak sopan pelik ja?

    By Blogger hakim dirani, At May 21, 2007 at 9:16 AM  

  • Kalau Achik menyayanginya, perpanjangkanlah ilmu yang telah diperturunkannya kepada Achik kerana antara 3 perkara yang berterusan hingga ke alam barzakh itu adalah ilmu yang bermanafaat. Mudah-mudahan dengan cara itu, kasih achik padanya dapat dibuktikan.

    By Blogger indera kencana, At May 21, 2007 at 6:15 PM  

  • Achik sufi, biasalah budak sekolah, biasalah cikgu sekolah..

    By Blogger MYA MARJA, At May 21, 2007 at 6:43 PM  

  • uish tajuk jiwangs tul.. hehe..

    Al fatihah utk Ustaz Soleh.. amin..

    By Blogger achik, At May 21, 2007 at 10:49 PM  

  • Salam,

    Al-Fatihah.

    Nakal! :)

    Nakal berbimbing, lihatlah hasilnya sekarang :)

    By Blogger Bunga Rampai, At May 22, 2007 at 1:33 PM  

  • hakim dirani: sopan..? ish...janganla cakap cam tue, malula achik...he..he..

    indera_kencana: insyaallah...achik akan teruskan perjuangan ustaz achik...

    mya_marja: thanks kerana memahami...budak sekolah tulla achik nie...

    achik: kadang kene gak jiwang2 skit....x bolehke achik...?

    bunga_rampai: al-fatihah...

    nakal berbimbing...best ayat nie...

    By Blogger Achik_Sufi, At May 22, 2007 at 1:48 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home