Achik Sufi

Friday, May 11, 2007

Malunye Achik...

Achik rase niela keldai yang berhati busuk tue...


Banyak kali dah achik pesan, jangan..jangan..tp kamu tak nak dengar…kamu pergi jugak, Tempat2 macam tue memang penuh dengan kekotoran. Setiap kali manusia yang pergi pasti terjebak dengan kotoran2 yang ada di situ. Kotoran2 di situ akan merosakkan dan memalukan kamu apabila berdepan dengan masyarakat di sekiling kita nie. Tapi…Kamu memang susah nak dengar cakap orang….

Sekarang…siapa yang susah, achik dengan kamu jugak yg susah. Sekarang…semua orang tak mahu mendekati kita, semuanya menjauh apabila hampir dengan kita. Kamu memang selamba…sebab kamu tahu achik yang akan menanggung segala rasa malu yang disebabkan oleh sikap tak nak dengar cakap kamu tue. Achik nak pukul kamu x boleh…nnt achik jugak yang susah.

Lain kali jangan pergi lagi ke tempat2 macam tue, nie kali terakhir achik nasihatkan kamu…lepas nie jangan buat perkara sia2 tue. Bukan achik marahkan kamu…kamu pun banyak berbakti kat achik, tapi….” Wahai kaki…kenapala kau pegi pijak taik keldai tue….terpaksa aku tebalkan muka aku depan orang ramai, semua senyumje bile tengok aku…waaa…malunye…mane nak sorok muka nie…uwaa..uwaa..!!! ”

Kalam Achik: bile dah terpijak taik keldai nie barulah achik tahu 2 perkara yg tidak achik ketahui sebelum nie. Pertama: bau busuk taik keldai boleh membuatkan kita menjadi popular mengalahkan pelakon2 hollywood. Kedua: haiwan yang mempunyai hati yang paling busuk ialah keldai. Kenapa achik…? Ade ke patut die melepas kat situ, saje nak bagi achik malu la tue…mentang2 achik nie hensem.

10 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home