Achik Sufi

Monday, May 28, 2007

Pemberi dan penerima...

Achik ingin bertanya pada sahabat semua, antara pemberi dan penerima mana yang lebih gembira. Menjadi tangan yang di atas lebih gembira atau tangan yang di bawah lebih gembira.

Achik pasti jawapan anda semua ialah si penerima lebih gembira, betul tak...? Yela…penerimalah yang lebih gembira kerana ia mendapat sesuatu lagi2 kalau benda yang diberi itu adalah barang yang berharga. Si pemberi pula pastilah yang kurang gembira kerana ia telah mengeluarkan sesuatu dari hartanya. Masuk akal jika anda memilih si penerima lebih gembira daripada si pemberi atas sebab2 yang achik sebutkan tadi.

Achik rasa jawapan anda akan berubah jika Achik bertanya soalan ini. Jika anda adalah seorang ayah atau ibu, apabila anak2 anda meminta anda menghadiahkan mereka sesuatu. Anda berusaha untuk memberi mereka hadiah dan anda berjaya untuk mendapatkannya…apabila anda menghadiahkan hadiah tersebut kepada mereka, mereka memeluk anda dengan perasaan penuh gembira atas pemberian anda, pada waktu ini adakah anak2 anda lebih gembira atau anda lebih gembira…?. Jika anda seorang suami, ketika isteri anda mengandung dan ia mengidam sesuatu yang susah untuk anda dapatkan. Selepas bersusah payah anda untuk mendapatkannya, anda memberikannya kepada isteri anda…isteri anda meluahkan kegembiraan dengan mengucapkan kata2 kasih buat anda, tika ini siapakah yang lebih gembira, isteri andakah atau diri anda sendiri yang lebih gembira…?

Mengapa jawapan anda adalah diri anda sendiri sedangkan anda adalah si pemberi bukannya si penerima. Jawapannya adalah kerana anda memberi dengan penuh kasih dan sayang. Kasih sayang adalah kunci untuk anda berasa gembira dalam melakukan sesuatu perkara, tak kira apa jua perkara sekalipun yang anda lakukan jika disertakan dengan kasih sayang pasti membuatkan anda gembira. Oleh itu suburkan dalam diri anda semua sifat kasih dan sayang, anda tidak akan rugi buat selama2nya.

“ Kasih sayang adalah pengikat diantara dua jiwa ”

P/s: Achik suka menjadi pemberi dan penerima. Tetapi ada masanya achik lebih suka jadi penerima…nak tahu bila? Diantara pemberi dan penerima duit raya, achik lebih suka status penerima kerana umur Achik sekarang dah tak memungkinkan achik untuk menerima duit raya…uwa..uwa..

Kalam Achik : Tak lama lagi achik akan menghadapi imtihan, jadi achik ingin berkhalwat dengan kitab2 achik buat sementara waktu ( ini tiada kene mengena dengan kes khalwat muda mudi skarang, jangan ada yang report kat jais cukup!!! ). Walaupun achik x akan bertemu sahabat semua sepanjang waktu imtihan, panjatkanlah doa kepada tuhan moga2 achik berjaya pada imtihan kali nie.amin…arigato gozaimas, sayonara!!!

26 Comments:

  • Salam achik,
    all the best. Buat betul2 tau..

    p/s: yay! 1st komen..tak nak bagi hadiah ker? mi berbesar hati menjadi 'penerima' ni. ehehhehe

    By Blogger Mimiamilia, At May 28, 2007 at 3:27 PM  

  • ops!

    semoga kamu lulus dengan jayanya!!

    By Blogger khairyn, At May 28, 2007 at 5:35 PM  

  • mak su sangat menjadi pemberi (kepada ahli keluarga terdekat), rasa siok dapat buat mereka happy. Dan imtihan tu aper? Mak su setakat cakap arab sodaqollah tu tahu ler... hehehe.
    Anyway, selamat berjaya.

    By Blogger Mak Su, At May 28, 2007 at 5:59 PM  

  • ganbate ne... ;)

    psst: tinta sampai skrg masih dpt duit raya. Sebab depa selalu konpius. Ingt tinta sekolah lagi. Keh keh keh... ;D

    By Blogger tintaHati, At May 28, 2007 at 6:44 PM  

  • ustat sufi!
    jangan jeles saya masih dapat duit raya lagi :))

    tapi tahun ni tak tahulah masih ada yang nak bagi duit raya lagi ke tak :P

    oh oh. moga berjaya ustat. orang di Malaya berkirim doa untuk orang di sana :)

    By Anonymous Anonymous, At May 28, 2007 at 8:32 PM  

  • Tapi tengok juga 'apa' yang nak diberi dan 'apa' yang nak diterima kan?


    Selamat berkhalwat dengan kitab2..

    By Blogger blackpurple @ jowopinter, At May 28, 2007 at 10:49 PM  

  • mimi_amilia: kumsalam, insyaallah all the best...

    hadiah...? erm...disebakan nama cik nie mimi, achik akan hadiahkan indo mie...nakke..?

    khairyn:ops...

    semoga achik lulus dengan jayanya!!!

    mak_su: baguslah cam tue...memang seorang mak su yang baik.

    p/s: kat achik x nak bagike...?

    tinta_hati: ganbate ne...ape mendenye tue...?

    p/s: memang cam bebudak lagi...he2...jangan mare erk..

    akira_suri: x la jeles...tapi dengki tue adela...

    doakan ustat sufi selalu...( x layak digelar ustat lagi, ilmu masih x cukup..)

    blackpurple: entri nie x de kene mengena dengan kes sumbang menyumbang mahram....

    By Blogger Achik_Sufi, At May 29, 2007 at 1:42 AM  

  • si pemberi akan rasa sgt gembira bila si penerima menerima pemberian si pemberi dgn gembira.. hehe ;)

    ps: dulu penah belikan hadiah utk abg (kandung) pastu byk komplen, terus malas nak bagi dah.. huhu

    By Blogger achik, At May 29, 2007 at 2:05 AM  

  • selamat maju jaya.. chaiyok!! chaiyok!! :)

    By Blogger achik, At May 29, 2007 at 2:06 AM  

  • achik: yeke...memang samela kita, penah gak bagi kat abang hadiah, tapi die pun banyak cakap gak...siap marah2 lagi tue...nak tahu hadiahka ape..? "kentut daaa..."

    same2la kite...

    By Blogger Achik_Sufi, At May 29, 2007 at 2:15 AM  

  • salam,

    weii!...

    hak yg pi repot kat jais tu buat apa.. bkannya hang dok Selangor..

    hang dok Syria..

    apa la..

    ok..

    bca buku leklok no..

    smga berjaya dunia dan akhirat

    (",)

    By Blogger banggugar, At May 29, 2007 at 3:16 PM  

  • nguah...nguah...

    betulla tue...JABATAN AGAMA ISLAM SYRIA..nguha...nguah...apela bang gugar nie...

    By Blogger Achik_Sufi, At May 29, 2007 at 3:37 PM  

  • oooo..ok..hehe..

    By Blogger ah kim, At May 29, 2007 at 5:17 PM  

  • kesimpulan nye sama-sama gembira.

    good luck lah yeik....

    By Blogger cikdinz, At May 29, 2007 at 9:35 PM  

  • selamat dan selamat:)

    By Blogger 13may, At May 29, 2007 at 11:53 PM  

  • azzam_bellamy:ooooo....ok..hehe...(mendela maksud perkataan2 nie..?)

    cikdinz: erm...same2la kite bergembira...

    amin...

    13may: selamat kembali buat 13may...doakan achik slalu...

    By Blogger Achik_Sufi, At May 30, 2007 at 8:12 AM  

  • mak su wish aje ler... wish u luck and success. nak kirim hadiah toy train tapi alamat penuh berposkod tak dak....

    By Blogger Mak Su, At May 30, 2007 at 8:37 PM  

  • time kasih mak su...doakan achik sllalu...

    By Blogger Achik_Sufi, At May 31, 2007 at 6:00 AM  

  • salam,

    aihhh.. sini ada ka jabatan agama syria..

    baru aku tau

    (",)

    By Blogger banggugar, At May 31, 2007 at 6:04 PM  

  • Puas hati dan gembira menjadi pemberi apabila pemberian itu menggembirakan dan mampu membahagiakan.

    Seronok menjadi penerima kalau apa yang diterima itu sesuatu yang diberi dengan ikhlas. Tapi lebih seronok kalau apa yang diberi itu adalah sesuatu yang paling kita perlukan.

    By Blogger Unknown, At June 1, 2007 at 10:22 AM  

  • bang gugar: ntahla...achik pun main tekaje...

    ainin-naufal:moga kita bergembira slalu...doakan achik najah..

    By Blogger Achik_Sufi, At June 2, 2007 at 5:29 AM  

  • ustat!

    gd lux! :)

    By Blogger akirasuri, At June 3, 2007 at 10:44 AM  

  • Salam achik,
    Selamat menjalani imtihan semoga berjaya dengan cemerlang.
    Kalau mumtaz, nanti akak bagi duit raya eheh!

    By Blogger Izariza, At June 3, 2007 at 8:18 PM  

  • Raya lambat lagi laa...awal2 dia dah sound ya hehe

    By Blogger Iman Mawaddah, At June 4, 2007 at 9:49 PM  

  • Salam kasih sayang :)

    Hadapi dengan tabah, moga berjaya.

    By Blogger Bunga Rampai, At June 6, 2007 at 7:51 AM  

  • Alhamdulillah...mmg lebih seronok jadi pemberi kerana itulah antara sebab kita diadakan untuk berkongsi, untuk sentiasa memberi in many ways, while penerima pula kita letakkan lebih baik dari peminta, pemberi orang yang akan sentiasa berusaha dan melambangkan kekuatan hati tapi penerima akan mendapat kesenagan dihati. tapi peminta tidak akan maju dan mungkin akan merendahkan martabat diri...point to ponder and its very subjective kan kan kan

    By Blogger Mami Dini, At June 11, 2007 at 4:57 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home