Achik Sufi

Tuesday, May 22, 2007

Tak patut betulla...

tiada kene mengena dengan entri kali ini daa...




Sewaktu di zaman kanak2 dulu, apabila tiba hari raya Achik selalu pulang ke kampung sebelah mak Achik di Semanggol, Perak. Kampung mak Achik nie adalah kawasan sawah padi, salah satu kawasan sawah padi terbesar di Perak. Memang seronok balik ke sini kerana amat meriah dengan sepupu2 Achik yang ramai, memang bestlah…tak tahu bile lagi boleh merasa keadaan cam tue…

Di setiap malam, ayah Achik akan bawa Achik dan abang untuk bersolat di masjid ( ayah achik nie tok imam jadi pergi ke mana2 pasti akan solat di masjid ), Biasanya kami akan duduk di masjid dari solat maghrib hingga selesai solat isyak. Tapi…Achik dan abang susah sikit nak duduk lama2 kat masjid tue, sebab kami nak main dengan sepupu2 kami yang lain. selalunya apabila selesai solat maghrib kami akan cuba balik ke rumah tok untuk main dengan sepupu2 lain. Cuma ada satuje masalah besar yang kami terpaksa hadapi bile kami nak balik nie…nak tahu ape…? Di antara masjid dan rumah tok Achik ada sebuah pokok yang BERHANTU sepertimana yang dikatakan oleh orang tua2 kampung tue, katenya ade sejenis hantu yang dinamakan hantu BERAS. Setiap kali kami hendak balik pasti akan melalui pokok tue. Jadi…bila kami hampir aje dengan pokok tue, kami akan bersiap sedia…dengan menanggal selipar, senteng kaki seluar dan apalagi…kami terus cabut dengan kelajuan 1000 KILOMETER SEJAM sehingga 2 3 kali jugakla Achik tersembam mencium kewangian jalan tue.. Itulah rutin kami setiap kali nak balik untuk main dengan sepupu2 yang lain….

Sekarang nie, bile achik fikir2kan balik…camnela Achik boleh pecaye dengan cite orang tua2 tue. Beras pun boleh jadi hantuke…? Ntah ape2la motif orang tua2 cakap cam tue…sampai skarang Achik tak tahu lagi. Yang Achik tahu…dengan cite2 hantu beginilah yang membuatkan kanak2 amat takutkan hantu sehingga lebih takut dari tuhannya sendiri. Bile dengar perkataan hantu…menggigil seluruh badan, tapi bile disuruh solat…1001 alasan yang dikeluarkan. Moga keadaan ini akan menjadi sebaliknya di masa yang akan datang…

Senara nama2 hantu yang achik pernah dengar:
penanggal, kuntilanak, langsuir, toyol, hantu Pocong, hantu pisang berangan, hantu pisang tanduk, Hantu Beras siam, hantu lilin cap matahari, hantu raya aidil fitri, hantu raya aidil adha….selamat hari raya aidil adha, eh…ape punye hantu daaa….

Kalam Achik: Masa di Malaysia dulu Achik cukup gementar nak lalu kawasan kubur di waktu malam dek cite2 hantu yang achik dengar sebelum nie tetapi keadan tue cukup berbeza apabila Achik berada di Syria. Bukan setakat lalu kawasan perkuburan di waktu malam, DUDUK SEBELAH KUBUR WAKTU MALAM pun dah tak rase ape2. Bayangkanlah…budak2 c nie boleh duduk di rumah yang bersebelahan dengan kubur, itulah rumah tuan punye blog JIRAN KUBUR daaa….

23 Comments:

  • hantu beras? hantu beras ker hantu biras....?? hantu apa? lilin? bunga matahari... ish ish.. macam macam jenama ek?

    By Blogger Mak Su, At May 22, 2007 at 7:19 PM  

  • Salam achik,

    eh eh samalah kita ye. Berjiran dengan kubur, cuma saya agak jauh sikit. City cemetery ni pun tak kurang cantik juga. Nantilah bila cuaca baik, teringin juga nak jalan2 kat cemetery tu, ambik gambar.

    Pernah beritahu member mat salleh kat sini pasal hantu. Kata hantu mereka comel2 belaka, tak macam hantu Melayu, ada yang kurus keding tak cukup makan, bulat menggelebeh, muka tak cukup sifat etc. Dia kata saya tipu. hahaha... ye ke?

    By Blogger khairyn, At May 23, 2007 at 3:43 AM  

  • Aku dulu-dulu 'lemah semangat' juga dengan kubur Islam. Tapi bila atuk aku meninggal, akulah antara orang yang memasukkan jenazah atuk ke dalam liang lahat. Sejak itu hilang 'lemah semangat' aku... :)

    By Blogger blackpurple @ jowopinter, At May 23, 2007 at 5:22 AM  

  • mak su; memang macam2 jenama hantu2 sekarang nie...pelik2 namanye kekadang tue...

    khairyn: bukan achikla yang jiran ngan kubur...blog jiran kubur tuela. yeke...kalau comel2, bolehla achik bela barang 2 3 ekor...cam bela kucing tue...

    blackpurple: baguslah tue...kenape nak lemah semangat, nanti kat tempat tue jugak kita nak masuk...x gitu...?

    By Blogger Achik_Sufi, At May 23, 2007 at 8:21 AM  

  • yeee..achik dah bravo..huhuhuhh...nak takut bakpe..tempat tu le kita bersemadi...achik...nanti kite berjiran kubur yek...hee..leh dgr lawak dia hari2..sabau je la...tetibe lak rase gerun bile teringat mungkar nakir....heee..takutnyee....

    By Anonymous Anonymous, At May 23, 2007 at 9:15 AM  

  • putri hanan: ish...is...sungguh tinggi harapan tue...nak berjiran kubur tue...nak dengar lawak tiap2 hari tue...

    ingat sekali raqib dan atid erk...!!!

    By Blogger Achik_Sufi, At May 23, 2007 at 9:31 AM  

  • Saya tersenyum sendirian ketika baca entri achik. Terserlah achik seorang ustaz yang pelawak hehe.

    By Blogger Iman Mawaddah, At May 23, 2007 at 1:57 PM  

  • salam,

    ya.. aku pernah tidur rumah tu, sblah kubur.. aku tengok budak2 rumah rileks je mlm2 buka pintu belakang nmpak kawasan kubur dan kubur sebelah rumah..

    bukan pasal tak seram ngn hantu.. tapi keadaan disini hidup dgn org2nya tak percaya bnda2 mcm tu..

    apa achik ni.. bkin malu org kite je.. heheheh

    (",)

    By Blogger banggugar, At May 23, 2007 at 5:25 PM  

  • Tapi napa aku dengar citer orang rumah Jiran Kubur tu suka makan banyak haaaaa....

    By Blogger Kurma2Biji, At May 23, 2007 at 6:01 PM  

  • Bestnya kampung ada sawah padi. Saya belum pernah merasa jalan di atas batas-batas sawah. Pokok padi dan lalang pon mcm tak reti beza...

    dulu masa kecik2 nampak padang luas saya ingt sawah padi!

    By Blogger tintaHati, At May 23, 2007 at 9:43 PM  

  • iman mawaddah: senyum itu sedekah...hidup achik!!!

    bang_gugar: erm...betul tue...

    ala...janganlah marah abang gugar, muka tue dahla x hensem...kalau marah lagi2la x hensem...

    kurma2biji: yeke...patutla orang takut nak jemput depa mai makan...

    tinta hati: ish..ish..yeke...? lepas nie bolehla datang kat kampung achik tengok padi camne erk...yang pastinya tinta masih makan nasi dari padi bukannya makan lalang, itupun dah kire bagus...

    By Blogger Achik_Sufi, At May 24, 2007 at 7:42 AM  

  • Sufi..

    oh oh. ketika kecil. saya juga takut dengan hantu. lagi pula dulu mak saya sering momokkan saya dengan gambar-gambar hantu kalau nakal. huhuhu. tapi bila dah besar ni. ketakutan tu sikit-sikit sudah beransur pergi. selalu berfikir sebegini untuk menghalau perasaan. "alah. aku lagi kuat dari hantu. apa nak takut dia pun mahluk Tuhan."

    *moga sukses di sana ;)

    By Anonymous Anonymous, At May 24, 2007 at 8:30 AM  

  • wah...bestlah akira nie, tak takut hantu!!!

    ala...bukannye penah orang kene makan ngan hantu dan bukannye pernah hantu makan orang, eh...macam sameje...?

    By Blogger Achik_Sufi, At May 24, 2007 at 9:08 AM  

  • pelik2 betul la nama-nama hantu tu, chik. Pertama kali dengar...

    Dalam entri lepas ni tulis la pulak apa kegemaran hantu-hantu ni sume. heee... sereeem.

    By Blogger Unknown, At May 24, 2007 at 9:08 AM  

  • erm...achik pun pertama kali dengar...

    sereem...
    sereem...
    sereem...

    besok2 jelah achik tulis...

    By Blogger Achik_Sufi, At May 24, 2007 at 9:12 AM  

  • eh..rasanya dah tulis komen kat sini.mana perginya?eh?tak send ke?isk...takperlaa...time2 exam ni selalu jd bengong

    By Blogger Mimiamilia, At May 24, 2007 at 11:29 AM  

  • Achik,
    Zaman kanak-kanak memang kita selalu dimomokkan dengan certia-cerita hantu oleh orang tua. Sebab di sebaliknya itu adalah untuk menghalang kita dari bermain jauh-jauh atau keluar pada waktu yang tidak sepatutnya.

    Hantu atau jin atau apa saya tak tahulah .. tapi pernahlah jugak mereka menjelma di depan mata .. kali pertama semasa di asrama .. lari tak cukup tanah (masa tu nak pergi prap malam hehe).

    Tapi yang paling saya ingat, masa bertugas di Pahang. Waktu nak tidur malam, sekonyong-konyong saya ternampak seseorang sedang mencangkung dengan rambut panjang duduk di birai katil saya. Saya bacakan ayat-ayat yang saya tahu, dan kemudian bisikkan perlahan "aku tak kacau engkau, engkau jangan kacau aku.. kita sama-sama makhluk ALlah" .. (macam bagus wehehehe)

    By Blogger Izariza, At May 24, 2007 at 6:34 PM  

  • ni nak lari dari tajuk..

    tak nak baca pn tk pe..dah pernah baca pn tk pe..aku nak cerita jugak..hehe..

    Aku prnah try jual minyak tp tk laku! Masa tu aku gi kat dpan stesen minyak kt sg buloh yg bawah bukit tu kan..aku tgu la sapa2 nk beli. Lpas tu dtg la Aji Metok..alaa yg tayar basikal dia tercabut masa nk gi tgok menyunat anak sedara dia tu. Kan tayar tu bergolek terus langgar pintu bilik air Aji Saim. Masa tu Kalsum tgh mandi. Habis pintu bilik air tu pecah. Tu yg Aji Metok kena tuduh kononnya dia nk 'anu'kan Kalsum. Nasib baik aku ada masa tu utk jadi saksi(mmg 'lawa' pn Kalsum masa mandi tu!). Kalau tk merengkok la dia kt kandang rumah Ketua Kampung. Err..jual minyak tadi..Aji Metok kata "Buat apa ko jual kat sini..bukan ada org nk beli pun.." so aku blah la gi tmpat lain.

    Lepas tu..

    Aku gi la Medan Selera kt jaln Wangsa Maju tu. Aku bertanya la dr kedai ke kedai samada kdai mkn tu nk beli minyak ke tak. Dah tu aku jumpa bininya Aji Metok - Mak Kebah..alaa yang selipar jepun dia trsangkut kt pagar dawai klinik kerajaan jln sg ruan tu. Masa tu kan Mak Kebah tgh sakit perut tgu doktor panggil. Lpas tu aku ada kt situ tgh usha misi yg duk kt rcption tu. Dah tu Mak Kebah marah aku dia kata "Oih..ko budak 10 tahun mana boleh ngurat anak dara 25 tahun tu..!" Aku pn jwb balik "Saya dah sunat Mak Kebah." Dia pn cakap pulak "Dah sunat ke kulop apa aku kira..kang kalau kena tangkap tk pasal2 misi tu kna tuduh mlakukn maksiat dgn budak bwh umur..ceh..ko yg sedap!" Aku jwb lagi "Mmg saya nak sedap pun..hehe" Mak Kebah terus bangun dan kejar aku. Aku lari bagai ribut terus panjat pagar dawai tu. Entah macamana Mak Kebah cuba pnjat tp selipar jepun dia terlekat kat pagar tu. Padan muka dia. Selipar jepun tu smpai skrang terlekat kt situ. Nnti aku nk buat tugu kt situ dan tulis 'SELIPAR MAK KEBAH YG KECUNDANG'. Heh! Hmm..minyak td..ha..dah tu Mak Kebah cakap kt aku "Ceh..minyak tu ko nak jual kt sini buat apa..bukan kitorang guna pun." Aku pn blah dr situ.

    Aku cakap kat hati..'biar la aku pakai sendiri minyak rambut ni.'





    salam...

    By Blogger Unknown, At May 24, 2007 at 8:46 PM  

  • mimi amilia: yeke...achik pun rase cam tue. memangla, time2 exam camnie memang banyak orang bengong2 skit...( achik tak termasuk erk...)

    izariza: erm...sesuatu perkara tue pasti ade baik dan buruknye...

    p/s; bertuah izariza pernah jumpa hantu, achik masih tak berkesempatan lagi...

    azzam_bellamy: wah...hebatnye bro azzam nie, berjaya mengtergeliatkan kepale otak achik untuk membaca tulisan bro nie...

    syabas...syabas...

    p/s:banyak yg achik nak tahu tentang prmpn dari bro...bile2 bolehla bagi tips2 yg berguna erk....

    By Blogger Achik_Sufi, At May 25, 2007 at 3:08 PM  

  • salam,

    achik.. hang tengok cerita hantu mana paling seram.. jepun ka korea ka.. omputeh ka.. atau melayu?..

    (",)

    By Blogger banggugar, At May 25, 2007 at 3:34 PM  

  • erm...yang mane satu nak pilih erk....bang gugar pilihka utk achiklah...bla...bla...bla...

    p/s; mungkin cite hantu indon kot...( sorry..x de dalam senarai bang gugar )

    By Blogger Achik_Sufi, At May 25, 2007 at 4:42 PM  

  • salam kehidupan,
    kehidupan mereka memang perlu dipercaya,tapi bukan sampai ditakuti.

    By Blogger CerminDiri, At May 25, 2007 at 8:53 PM  

  • cermin diri:ish...ish...sungguh benar kata2mu itu...

    By Blogger Achik_Sufi, At May 26, 2007 at 4:58 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home