Achik Sufi

Tuesday, June 26, 2007

Musim panas yang panas!!!

Hitung punya hitung rerupenye dah sebulan lebih achik menyepi, hanya sekali achik sempat menjenguk ke blog yang sudah separuh dimakan anai-anai nie. hitung punya hitung rerupenye dah lebih sebulan achik x menjenguk kengkawan yang sentiasa memberi sokongan dan dokongan buat achik( eleh...berbunga lak ayat nie, hantam sajada...).

Bila difikikar balik, rase bersalah biarkan blog nie kesepian tanpa ada yang menguruskan tapi apakan daya...tuhan yang menentukan segalanya. sebulan yang lalu achik menghadapi perang yang maha hebat dengan kertas2 soalan, selepas tue terpaksa menyiapkan kerja2 di pejabat(pejabat PPMS) yang achik dah tangguhkan lebih sebulan, baru skarang achik berpeluang menjenguk semula ke laman penulisan nie.

2 3 hari nie achik lebih banyak abiskan mase achik di rumahje...dek kerana musim panas yang dah mula masuk keperingkat pertengahan, jadi waktu malam jela yang akan achik manfaatkan untuk jalan-jalan. bayangkan...dengan suhu yang seakan2 berada di sebelah matahari, malam pun masih terasa bahang kepanasan. Bile tiba musim panas nie, cam biase pepijat2 akan mula berkeliaran mencari mangsa. oleh kerana itu, achik dan ahli rumah telah mengadakan operasi penghapusan yang di namakan (operasi pepijat musim panas II) , alhamdulillah...kami berjaya mengurangkannya walaupun masih ade yang berkeliaran di sana-sini. Skarang nie kalau minum air, sebotol sorang pun boleh abis. Nak tidur minum air, bangun tidur minum air dan yang pening tue...tengah tidur pun nak kene minum air. la...betul ape achik cakap, ngah tidur sesedap tetiba terjaga dek kerana kehausan. bayangkan sekali tue achik tidur, mimpi achik ada kat padang pasir n dengan panas yang begitu terik, pas 2 terus terjaga...ape lagi, cari air terusla...

Bila dah berada di musim panas nie barula terasa rindu lak pada musim sejuk, tapi...berada di mana2 musim pun ada kelebihan dan kekurangannya. Apa yang Allah ciptakan pasti ade kebaikan, samada tersingkap secara zahir atau disingkapkan oleh manusia.Ape2 pun, moga2 musim panas kali nie akan menjadi musim yang berkat buat achik.amin...!!!

Kalam Achik: Musim panas nie, ramai kengkawan achik yang pulang ke Malaysia entah bile pulak achik akan berpeluang. Tapi achik rase malaslah nak balik lagi, mungkin 2 3 tahun lagi kot...ilmu di dada masih x mencukupi untuk achik menghadapi kehidupan di Malaysiayang penuh dengan cabaran dan dugaan...bagero!!!

16 Comments:

  • ehem..achik tanak balik malaysia lak dah...duh...nape? cuti lelame nak wat pe kat sane? ohoo..tau dah..mesti nak keje jadik tukang masak kan...sebagai pengganti kat kedai makan yg buat org tunggu sampai bersawang tuh kan...huhuhu....

    By Anonymous Anonymous, At June 26, 2007 at 8:17 PM  

  • Salam,

    Dah habis periksa ek?
    Keputusan macam mana, dapat nombor satu? :)

    Sedih jugak dengar Achik tak balik kampung. Tak apa, takkan lari kampung tu...

    Kumpul ilmu dan kumpul uang dulu!

    Kerja apa musim cuti ni? menyibuklah pula saya ni..

    By Blogger Bunga Rampai, At June 26, 2007 at 10:45 PM  

  • Panas yer achik?
    Kat sini nama jer musim panas. Tapi masih mengigil2 kesejukan. Angin pula tiup mmemang la kuat.Tak terbayang kepanasan kat tempat achik tu.

    By Blogger Mimiamilia, At June 27, 2007 at 1:14 AM  

  • hai achik, apa kabar? bagero ya... hihihi, ahaks.... achik - kiter dah tag awak tau, charity tag. meh ler melawat ke blog mak su untuk tahu game-gamenyer.

    By Blogger Mak Su, At June 27, 2007 at 3:52 AM  

  • salam,

    achik!..

    panas2 ni gi jln2 pantai best gak..

    LATTAKIA jom!..
    (",)

    By Blogger banggugar, At June 27, 2007 at 7:25 AM  

  • Salam Achik,
    Panas2 sana pun..tidak berpeluh. Kelebihan yang Allah bagi untuk penduduk di bumi anbiya :)

    By Blogger Iman Mawaddah, At June 27, 2007 at 8:51 AM  

  • putri hanan:dulu ade gak cecita nak jadi tukang masak, pasal tengok ayah achik terer masak...erm, buat pengetahuan putri kedai yang achik cite tue kat malaysia la....

    bungai_rampai: memang memahami tulla...kerja...? cam biasela...kerja cari ilmu daaa...

    mimi_amilia:ish..ish..betulke...?patutla achik tengok berita, kat sane masih ade salji...tapi x dapatla merasa musim panas kalau x panas...

    mak_su: c hatje mak su...yeke, letih lak nak menjawab nie...

    bang_gugar: ok gak tue...hang rancangla, nanti aku ikut...rumah aku pun dah semakin menjadi ketuhar dah nie...

    iman_mawaddah:x berpeluh...?betulke...tiap2 hari bermandi peluh kat c nie. keberkatan bumi anbiya' x achik nafikan...

    By Blogger Achik_Sufi, At June 27, 2007 at 2:23 PM  

  • Musim panas kat sini suhunya fuh! err.. 15C dengan angin yang menderu-deru. Selimut tebal tak boleh simpan lagi ish!

    Achik.. err kita tak yah balik mesia ek? Kita dok kat negara orang ni je la ek? Tunggu 2 3 tahun baru balik ye.. hahaha.. ni citer orang nak balik tapi tak cukup duit nak beli tiket kapal hahaha

    By Blogger khairyn, At June 27, 2007 at 4:08 PM  

  • salam dik,

    musim panas minum air bebanyak okeh! herm... awat tak nak balik mesia neh? merajuk ngan ehem ehem yer.... hihi ;)

    By Blogger Unknown, At June 27, 2007 at 5:55 PM  

  • takpe sesekali bersawang.. lg pun tgh 'bertempur' kan..

    pastikan minum air sekurang2nya 8 gelas sehari.. ( cewah nasihat org, sendiri pun malas nak minum air ) ;)

    By Blogger achik, At June 27, 2007 at 8:03 PM  

  • sufi..
    dah habis xm ek?
    anak buah saya di cairo pun cakap suhu di belah sana-sana sedang panas gila..
    jaga diri ya..
    minum air banyak..

    Salam.

    By Anonymous Anonymous, At June 27, 2007 at 10:56 PM  

  • salam sufi

    lupa plak nak ckp apa tadi. apa pun semoga ceria2 selalu lah..

    By Blogger tintaHati, At June 27, 2007 at 11:06 PM  

  • Salam...

    maklang sibuk sat...

    belajar rajin2 dek...nanti dah habis periksa baliklah Malaysia ni...jangan pulak tak nak balik..

    By Blogger maklang, At June 28, 2007 at 12:35 AM  

  • salam,

    ketuhar..

    nanti aku pi letak ayam.. senang sikit nak masak

    hehehehe

    (",)

    By Blogger banggugar, At June 28, 2007 at 2:25 PM  

  • khiryn: he..he..yeke...samela kite...( sebenarnye memang malas nak balik lagi)

    cik_kema: ehem...ehem...mende tue cik kema, achik x fahamla...? ( sebenarnye buat2 x faham)

    achik: thanks nasihatkan achik nie...besok2 jela achik minum( bukan setakat 8 gelas, dah dekat 2 tangki nie...!!!)

    akira_suri: memang panas tul kat timur tengah nie...kalau nak rase datangla c nie...

    tinta_hati:

    salam kembali,

    achik pun dah lupe ape achik nak jawab tadi....moga tinta pun ceria selalu...

    mak_lang: memang nak balik mak lang tapi mungkin mase x mengizinkan lagi.doakan achik....

    bang_gugar: ha...elokla tue, kami pun dah kekurangan bekalan ayam nie...

    By Blogger Achik_Sufi, At June 29, 2007 at 1:54 PM  

  • Jangan lupa minum air banyak-banyak achik... :D

    Bila nak balik M'sia? :)

    By Blogger blackpurple @ jowopinter, At June 30, 2007 at 2:01 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home