Achik Sufi

Monday, January 28, 2008

Cerita Bahsah




“ Achik…jom pegi bahsah ( Nama sebuah kawasan penjualan barangan komputer di Damsyik ) , aku nak cari software terbarula…”
“ Malasla…Achik baruje pegi 2 hari lepas, besok-besok jela…”
“ Janganla cam tue…kau kene teman aku gak Achik, kaulah kawan aku dunia akhirat ”
“ Taknakla…hujung minggu niela kita pegi…”
“ Jomla…kalau kau ikut aku, nanti aku tunjukkan kau tempat “ cuci mata ” baik punyeerr…!!! ”
“ Ish kau nie…tak elok buat cam tue, kalau kau buat pun janganla ajak aku…!!! ”
“ Kau nie banyak cakap betulla…siap cepat, ikut aku…”

Selepas setengah jam menaiki service
Sampailah kami ke bahsah…

“ Mari aku tunjukkan tempat “ cuci mata ” tue, mesti kau tertarik punyeerr…”
“ oiii…aku x penah buat bende-bende camnie, aku dah teman kau cari software tue…aku nak balikla….!!!”

Sambil berlaku tolak menolak dan tarik-menarik…
Sampailah kami di tempat “ cuci mata “ tue…

“ Ha…niela tempat tue, happening x …? ”
“ erkkk… ”
“ kenapa achik…? ”
“ nie ke tempat “ cuci mata ” yang kau cakap tue…? ”
“ tak dapat disangkalkan lagi ”
“ Memang happening sungguh tempat nie ”

Rupanya…

“ Selamat datang ke Klinik Cuci Mata ”

Macam tue pun adaka…?

Kalam Achik: kisah ini tiada kene mengena dengan yang hidup atau yang telah mati. Ianya hanyalah khayalan yang berhasil dari perbualan kelakar Achik dan seorang sahabat yang sama-sama tidak boleh tidur malam.

Thursday, January 3, 2008

Kembalilah kepada islam!!!


Pelik...pelik...dan pelik...Bagaimanakah pemimpin seperti ini akan menjadi contoh buat rakyat dalam menjayakan Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) melalui pembinaan modal insan yang telah diwar-warkan, pada pandangan achik mungkin ini hanya akan menjadi rancangan yang tidak mungkin akan berjaya. Begitu juga pemimpin-pemimpin negara kita yang lain yang telah terbukti mustahil menjadi seorang yang akan memimpin kita semua untuk menuju pembinaan modal insan yang berjaya. Marilah kita kembali kepada islam kerana telah terbukti dengan islamlah kita semua akan maju tak kira dari segi rohani dan fizikalnya. Tidak bermakna jika kita hanya maju dalam bentuk fizikalnya tetapi kita masih mundur dari segi rohaninya. Hanya islamlah yang dapat mendidik hati agar ia dapat dibendung untuk menjadi seorang insan yang diperlukan oleh agama, bangsa dan negara. Sebagai contohnya saidina Umar al-khattab, bagaimana dari seorang kafir yang tegar dan ganas dalam tindakannya menjadi seorang khalifah bagi dunia islam yang lemah lembut dan bertimbang rasa. kembalilah kepada islam!!!


Kalam Achik: Achik memuji tindakan Datuk Chua Soi Lek diatas tindakan drastik beliau baru-baru ini kerana ini adalah sikap yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin negara kita. Semoga penggantinya nanti adalah seorang yang amanah dan bertanggungjawab dalam membela nasib rakyat...amin.