Achik Sufi

Monday, December 31, 2007

2008

Tahun 2007 telah mula menapakkan kaki untuk meninggalkan kita, kini tahun 2008 pula bakal hadir menerjah kehidupan kita. Seperti biasa, pasti kita semua telah memikirkan azam kita pada tahun 2008 ini Cuma perlaksanaannya belum dapat dipastikan lagi keberhasilannya. Bagi meraikan kehadiran tahun 2008 marilah kita melakukan ini:
dan ini:

dan ini:


Semoga kehadiran 2008 akan diberkati oleh allah dengan apa yang kita lakukan....amin.

كل عام وأنتم بخير


Kalam Achik: Achik ingin mengucapkan tahniah buat diri sendiri kerana telah berjaya mengupdate blog selepas 2 minggu menyepi. Tahniah!!!!

Tuesday, December 18, 2007

Pantun Ragam Raya


Apabila terjaga di pagi hari,
Lihat semua berlawa sakan,
Aidil adha berkunjung lagi,
Marilah sama kita raikan,

Janganlah dikau terus berangan,
Marilah kita bersembahyang raya,
Ketupat rendang menjadi hidangan,
Jamuan untuk tetamu yang mulia.

Kenapa pula bersembahyang raya,
aku langsung tak tahu apa,
Kanak-kanak bergembira,
Yang tua bertemu mesra.

Kenapalah engkau bernasib malang,
Hari nie hari rayalah rahim..!!! ,
2 3 ekor lembu tumbang,
Bagi mengikut sunnah ibrahim.

Itulah sebab tak ambik perkembangan
Sampai tak perasan bila hari raya,
Semuanya tersenyum keriangan,
Ada yang memberi ada yang menerima.

Jangan engkau termenung sahaja,
Cepatlah siap untuk beraya,
Ingin Achik ucapkan buat semua,
Selamat hari raya aidil adha.

Friday, December 14, 2007

Versi lepas demam...

Setelah seminggu memerap di rumah kerana demam yang melanda, akhirnya berjaya juga achik mengeluarkan diri achik dari kepompong yang telah achik bina. Bersyukur ke hadrat allah kerana masih memberikan nikmat kesihatan kepada achik.

Lebih kurang enam hari achik terlantar di atas katil bertemankan bantal, namun achik rasa bersyukur kerana achik dapat merasai betapa pentingnya sahabat yang sanggup bersedih bersama kita. Achik sungguh bersyukur kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang mengambil berat keadaan achik yang sedang sakit.selepas ini Achik akan lebih menghargai sahabat-sahabat achik kerana merekalah sahabat sebenar bagi diri achik.

Achik mendoakan mereka akan sentiasa sihat dan sentiasa berada di dalam kegembiraan selalu.semoga allah memanjangkan umur mereka utk beribadat kepadanya.amin...

Kalam Achik: maaf kerana lambat mengupdate kerana Achik diserang demam,batuk n selesema yang menyebabkan achik mandi tak basah tidur tak lena buat beberapa hari yang lalu...doakan achik c hat selalu....

Tuesday, December 4, 2007

Oooooooo.......


“ Kalau hang nak tahu…sebenarnya filem, surat khabar, buku, majalah atau yang sewaktu dengannya memberi kesan atau impak yang besar kepada masyarakat dunia amnya dan masyarakat Malaysia khasnya, samada kesan baik atau kesan buruk. Jika hang perhatikan budaya-budaya kuning yang menular ke dalam masyarakat kita adalah melalui filem dan majalah yang telah disebarkan oleh dunia barat. "الإعلام" atau dalam bahasa melayunya informasi amat penting kerana ianya menjadi wasilah yang ampuh untuk merubah sesebuah masyarakat ke arah kebaikan atau keburukan ”

Ooooooo….

“ Contohnya, ramai wanita muslimah sekarang yang mendakwa menutup aurat tetapi sebenarnya tidak. Ok…benar mereka bertudung, tetapi tidak mencukupi syarat yang ditetapkan kerana tidak dilabuhkan. Benar mereka berpakain…tetapi masih ketat dan menampakkan bentuk tubuh. Mengapa berlaku…ini kerana informasi yang telah diberikan adalah tidak tepat…”

Ooooooo….

“ Contohnya lagi…berlaku kes seorang kanak-kanak terjun dari tingkat empat kerana ingin meniru aksi superman. Nah…sudah terbukti informasi memberi kesan yang sangat mendalam terhadap masyarakat…”

Ooooooo….

“ Ape oo..oo..fahamke ape yang aku cakapkan nie…? ”

Ooooooo….

“ Faham…Patutla malam tadi kau mengigau tendang aku…siap karate tengkuk aku lagi, rupe-rupenya kau terpengaruh cerita kungfu yeerrr…”

“ Eh…yeke…? ”

Kalam Achik: Hari ini dalam sejarah, kami ahli bait Achik telah berjaya menjerat seekor tikus yang berleluasa semenjak 2 3 hari sebelum nie...

Saturday, December 1, 2007

Pantun dua negara...


Nak masak apa hari ini,
Erm..Masak ikan...?,
Apalah yang nak jadi,
Apabila hilangnya Keadilan.

Pergi ke pasar arab,
Ingat nak cari ikan,
Inilah sebab musabab,
Apabila pemimpin menentukan keadilan.

Ingat nak cari ikan,
Tapi terjumpa buaya,
Nak Kata tak berpendidikan,
Semua ke luar Negara.

Last-last beli bihun,
Mungkin Buat bihun masak asam,(adake..?)
Apabila rakyat berhimpun,
Dikatakan perhimpunan haram.


Balik rumah jumpa Azlan,
Dia kata masak bihun besok-besok jela,
Rakyat sudah tidak tahan,
Apabila linggam sudah berkuasa.

Aku Tanya kenapa...?
Laa...Aku dah beli ayam golek...
Nie semua kerja siapa,
Kehakiman sudah diperkotak-katik.

Pegi pasar tu dahla susah,
Kenapa hang bagitahu awal sangat,
Tu belum sentuh rasuah,
Kesian...Nasi dah jadi pengat,

Lepas makan marilah rasa,
Cuci mulut dengan halawiyat,
Wahai semua pemimpin Negara,
Pakat Fikirkanlah nasib rakyat.

Seronokla hangpa naa...,
Aku yang kena basuh pinggan mangkuk semua,
Wahai rakyat Malaysia,
Pilihlah pemimpin yang berwibawa.

Hua..hua...hua...
Kembalikan keadilan!!!

Kalam Achik: Afwan...kerana lama x update,kerana sedang membina semula blog...agar nampak ceria dan makin sedap dipandang.doakan achik sentia ceria selalu...!!!