Achik Sufi

Saturday, June 30, 2007

Ikan keli masak tempoyak

Semenjak 2 minggu nie slalu sangat terputus bekalan elektrik kat rumah acik, ntah macam manela pengurusan arab nie....kalau kat mesia dulu, TNB akan antar ntis kalau bekalan elektrik akan diputuskan. Jika begini akan memudahkan kita nak menguruskan kerja kita yang akan tergendala nanti. Hari nie memang pecah rekod...66 x bekalan elektrik terputus kat rumah achik ( acik x kira pun, cuma nak merealkan lagi ), bayangkan setengah jam ade 2 jam x de...banjir peluh ruma acihik, yela...skarang nie musim panas lak cuma mengharapkan kipasla baru sejuk, sekali x de elektrik...mau tau la.

Musim panas nie banyak kerja2 yang menunggu...ntah bolehke achik buat dengan sempurna, moga2 cam tuela harapnye. tugas sendiri, tugas sebagai talib ilim, tugas sebagai ahli persatuan dan banyak lagi tugas2 yang achik kene selesaikan musim panas nie. Kekadang tue letih gak rasenye...tapi memikirkan di sinilah tempat untuk mencari pengalaman bagi menghadapi kehidupan sebenar di Malaysia nanti, achik gagahkan jua diri ini ( alamak...layan lak ayat nie, tapi tula yang berlaku )

Bile ramai yang pulang ke Malaysia cuti kali nie...terasa rindu lak kat mak ayah, ntah bile achik berkesempatan nak bermesra dengan mereka lagi. Teringat lak ikan keli masak tempoyak yang mak achik selalu masak tue, memang sedap...sehingga menjilat bulu ibu jari kaki daa. Doakan giliran achik pula akan menjelma...amin.

p/s: ingatkan dah boleh berehat lepas exam ari tue...tengok2 banyak lak tugas yang terpaksa achik selesaikan, nie pun achik baru balik dari tugasan tapi insyaallah achik akan tetap mengunjungi kengkawan semua.

Tuesday, June 26, 2007

Musim panas yang panas!!!

Hitung punya hitung rerupenye dah sebulan lebih achik menyepi, hanya sekali achik sempat menjenguk ke blog yang sudah separuh dimakan anai-anai nie. hitung punya hitung rerupenye dah lebih sebulan achik x menjenguk kengkawan yang sentiasa memberi sokongan dan dokongan buat achik( eleh...berbunga lak ayat nie, hantam sajada...).

Bila difikikar balik, rase bersalah biarkan blog nie kesepian tanpa ada yang menguruskan tapi apakan daya...tuhan yang menentukan segalanya. sebulan yang lalu achik menghadapi perang yang maha hebat dengan kertas2 soalan, selepas tue terpaksa menyiapkan kerja2 di pejabat(pejabat PPMS) yang achik dah tangguhkan lebih sebulan, baru skarang achik berpeluang menjenguk semula ke laman penulisan nie.

2 3 hari nie achik lebih banyak abiskan mase achik di rumahje...dek kerana musim panas yang dah mula masuk keperingkat pertengahan, jadi waktu malam jela yang akan achik manfaatkan untuk jalan-jalan. bayangkan...dengan suhu yang seakan2 berada di sebelah matahari, malam pun masih terasa bahang kepanasan. Bile tiba musim panas nie, cam biase pepijat2 akan mula berkeliaran mencari mangsa. oleh kerana itu, achik dan ahli rumah telah mengadakan operasi penghapusan yang di namakan (operasi pepijat musim panas II) , alhamdulillah...kami berjaya mengurangkannya walaupun masih ade yang berkeliaran di sana-sini. Skarang nie kalau minum air, sebotol sorang pun boleh abis. Nak tidur minum air, bangun tidur minum air dan yang pening tue...tengah tidur pun nak kene minum air. la...betul ape achik cakap, ngah tidur sesedap tetiba terjaga dek kerana kehausan. bayangkan sekali tue achik tidur, mimpi achik ada kat padang pasir n dengan panas yang begitu terik, pas 2 terus terjaga...ape lagi, cari air terusla...

Bila dah berada di musim panas nie barula terasa rindu lak pada musim sejuk, tapi...berada di mana2 musim pun ada kelebihan dan kekurangannya. Apa yang Allah ciptakan pasti ade kebaikan, samada tersingkap secara zahir atau disingkapkan oleh manusia.Ape2 pun, moga2 musim panas kali nie akan menjadi musim yang berkat buat achik.amin...!!!

Kalam Achik: Musim panas nie, ramai kengkawan achik yang pulang ke Malaysia entah bile pulak achik akan berpeluang. Tapi achik rase malaslah nak balik lagi, mungkin 2 3 tahun lagi kot...ilmu di dada masih x mencukupi untuk achik menghadapi kehidupan di Malaysiayang penuh dengan cabaran dan dugaan...bagero!!!

Thursday, June 14, 2007

Entri tengah pekse...

Assalamualaikum....

Kehadiran Achik kali nie bukanlah untuk berkongsi apa2 tulisan atau coretan, cuma Achik nak bertanya kesihatan kengkawan yang dah lama Achik x jumpa dan bertanya kabar. Bukanlah kerana Achik dah lupakan kengkawan semua tetapi kerana Achik nak tumpukan separuh perhatian ( nak kata sepenuh perhatian, nanti orang kate Achik tipu lak ) untuk Achik hadapi peperiksaan kali nie. Achik alhamdulillah c hat slalu...moga2 kengkawan yang lain pun begitu jugak.

Periksa camne Achik...? periksa...erm, bolehla...boleh blah!!! ntah apela yang Achik jawab...sahih serabut syeikh nak bagi markah kat Achik..he2. Achik doa2 syeikh tue lembut hati bagi Achik lulus...x yah nak ambik fasal 2 nanti, bolehla cuti panjang. bulan 7+8+9+10 berapa jawapannya...? 4 bulan tue...

Ok la...Achik nak balik bace buku, nanti ade orang ceramah Achik lak pasal ngah pekse tapi masih duk lame2 kat cc nie. doakan Achik slalu erk...

Kalam Achik: terlanjur nak call mak di malaysia, masukla singgah blog yang dah berhabuk nie...