Achik Sufi

Monday, November 19, 2007

Dedikasi buat teman...



Perkahwinan adalah sesuatu yang suci yang telah dikurniakan oleh Allah buat hamba-hambanya. Perkahwinan juga adalah bukti kecintaan seorang lelaki terhadap seorang perempuan. Dengan perkahwinan seseorang perempuan telah dimuliakan. Betapa cantik dan indahnya perkahwinan jika kita halusi setiap hikmah yang terselit disampingnya. Perkahwinanlah yang menemukan sulaiman dan balqis, yusof dan zulaikha begitu jugalah yang menemukan junjungan Muhammad dan khadijah.
Dua hati menjadi satu dalam melayari bahtera rumah tangga yang telah dibina. Ada masa suka dan ada juga masa duka, semuanya dirasai bersama pahit dan manisnya. Sedangkan lidah lagikan tergigit inikan bantera rumah tangga, terkadang dilanda badai tetapi semua ini reda apabila berpandukan syariat yang telah ditetapkan oleh tuhan yang maha esa. Rumah tangga menjadi indah jika iman dan takwa menjadi pegangannya.
Tidak dapat ditulis betapa indahnya alam rumah tangga yang mana iman dan takwa menjadi panduannya. Kepercayaan diantara satu sama lain telahpun menjadi pendamping yang menyanggah setiap dugaan yang tiba. Kecintaan kepada pasangan semakin mendalam kerana cinta yang ditanam telah disinari oleh sinaran iman dan takwa. Cinta itu telah tumbuh dan semakin mekar dan tak mungkin dilayukan melainkan atas izin tuhan yang maha esa.
Dedikasi ini ditujukan buat teman-teman yang sedang berbahagia bersama pasangan masing-masing. Jagailah kesucian perkahwinan ini dengan sebaiknya kerana ia adalah kurnia yang telah diamanahkan ke atas pundak teman-teman sekalian. Peliharalah ia agar menjadi pedoman buat zuriat teman-teman sekalian di masa yang akan datang.

Kalam Achik: Achik mendoakan agar antum semua akan berbahagia dan sentiasa gembira menjalani kehidupan suami isteri sehingga ke anak cucu. Achik juga mendoakan antum semua akan dirahmati allah sekeluarga. Insyaallah...amin.

Thursday, November 15, 2007

Siri update bulanan


apa kabar semua...? suah berap lama agaknya kita x bersua..? agakan achik mungkin dah sebulan lebih...semenjak dari raya aidil fitri hinggalah sekarang. semakin lame x bersua semakin rindu dalam hati rasanye, tapi mungkin ini semua cubaan utk kita lebih mengenali erti persahabatan. walau tidak pernah bertemu muka...tetapi sudah terpatri rasa kasih di hati. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya...cuma kita sahaja yang tidak mampu mengerti disebaliknya. Achik doakan kalian semua akan berbahagia selalu.