Achik Sufi

Monday, May 28, 2007

Pemberi dan penerima...

Achik ingin bertanya pada sahabat semua, antara pemberi dan penerima mana yang lebih gembira. Menjadi tangan yang di atas lebih gembira atau tangan yang di bawah lebih gembira.

Achik pasti jawapan anda semua ialah si penerima lebih gembira, betul tak...? Yela…penerimalah yang lebih gembira kerana ia mendapat sesuatu lagi2 kalau benda yang diberi itu adalah barang yang berharga. Si pemberi pula pastilah yang kurang gembira kerana ia telah mengeluarkan sesuatu dari hartanya. Masuk akal jika anda memilih si penerima lebih gembira daripada si pemberi atas sebab2 yang achik sebutkan tadi.

Achik rasa jawapan anda akan berubah jika Achik bertanya soalan ini. Jika anda adalah seorang ayah atau ibu, apabila anak2 anda meminta anda menghadiahkan mereka sesuatu. Anda berusaha untuk memberi mereka hadiah dan anda berjaya untuk mendapatkannya…apabila anda menghadiahkan hadiah tersebut kepada mereka, mereka memeluk anda dengan perasaan penuh gembira atas pemberian anda, pada waktu ini adakah anak2 anda lebih gembira atau anda lebih gembira…?. Jika anda seorang suami, ketika isteri anda mengandung dan ia mengidam sesuatu yang susah untuk anda dapatkan. Selepas bersusah payah anda untuk mendapatkannya, anda memberikannya kepada isteri anda…isteri anda meluahkan kegembiraan dengan mengucapkan kata2 kasih buat anda, tika ini siapakah yang lebih gembira, isteri andakah atau diri anda sendiri yang lebih gembira…?

Mengapa jawapan anda adalah diri anda sendiri sedangkan anda adalah si pemberi bukannya si penerima. Jawapannya adalah kerana anda memberi dengan penuh kasih dan sayang. Kasih sayang adalah kunci untuk anda berasa gembira dalam melakukan sesuatu perkara, tak kira apa jua perkara sekalipun yang anda lakukan jika disertakan dengan kasih sayang pasti membuatkan anda gembira. Oleh itu suburkan dalam diri anda semua sifat kasih dan sayang, anda tidak akan rugi buat selama2nya.

“ Kasih sayang adalah pengikat diantara dua jiwa ”

P/s: Achik suka menjadi pemberi dan penerima. Tetapi ada masanya achik lebih suka jadi penerima…nak tahu bila? Diantara pemberi dan penerima duit raya, achik lebih suka status penerima kerana umur Achik sekarang dah tak memungkinkan achik untuk menerima duit raya…uwa..uwa..

Kalam Achik : Tak lama lagi achik akan menghadapi imtihan, jadi achik ingin berkhalwat dengan kitab2 achik buat sementara waktu ( ini tiada kene mengena dengan kes khalwat muda mudi skarang, jangan ada yang report kat jais cukup!!! ). Walaupun achik x akan bertemu sahabat semua sepanjang waktu imtihan, panjatkanlah doa kepada tuhan moga2 achik berjaya pada imtihan kali nie.amin…arigato gozaimas, sayonara!!!

Tuesday, May 22, 2007

Tak patut betulla...

tiada kene mengena dengan entri kali ini daa...




Sewaktu di zaman kanak2 dulu, apabila tiba hari raya Achik selalu pulang ke kampung sebelah mak Achik di Semanggol, Perak. Kampung mak Achik nie adalah kawasan sawah padi, salah satu kawasan sawah padi terbesar di Perak. Memang seronok balik ke sini kerana amat meriah dengan sepupu2 Achik yang ramai, memang bestlah…tak tahu bile lagi boleh merasa keadaan cam tue…

Di setiap malam, ayah Achik akan bawa Achik dan abang untuk bersolat di masjid ( ayah achik nie tok imam jadi pergi ke mana2 pasti akan solat di masjid ), Biasanya kami akan duduk di masjid dari solat maghrib hingga selesai solat isyak. Tapi…Achik dan abang susah sikit nak duduk lama2 kat masjid tue, sebab kami nak main dengan sepupu2 kami yang lain. selalunya apabila selesai solat maghrib kami akan cuba balik ke rumah tok untuk main dengan sepupu2 lain. Cuma ada satuje masalah besar yang kami terpaksa hadapi bile kami nak balik nie…nak tahu ape…? Di antara masjid dan rumah tok Achik ada sebuah pokok yang BERHANTU sepertimana yang dikatakan oleh orang tua2 kampung tue, katenya ade sejenis hantu yang dinamakan hantu BERAS. Setiap kali kami hendak balik pasti akan melalui pokok tue. Jadi…bila kami hampir aje dengan pokok tue, kami akan bersiap sedia…dengan menanggal selipar, senteng kaki seluar dan apalagi…kami terus cabut dengan kelajuan 1000 KILOMETER SEJAM sehingga 2 3 kali jugakla Achik tersembam mencium kewangian jalan tue.. Itulah rutin kami setiap kali nak balik untuk main dengan sepupu2 yang lain….

Sekarang nie, bile achik fikir2kan balik…camnela Achik boleh pecaye dengan cite orang tua2 tue. Beras pun boleh jadi hantuke…? Ntah ape2la motif orang tua2 cakap cam tue…sampai skarang Achik tak tahu lagi. Yang Achik tahu…dengan cite2 hantu beginilah yang membuatkan kanak2 amat takutkan hantu sehingga lebih takut dari tuhannya sendiri. Bile dengar perkataan hantu…menggigil seluruh badan, tapi bile disuruh solat…1001 alasan yang dikeluarkan. Moga keadaan ini akan menjadi sebaliknya di masa yang akan datang…

Senara nama2 hantu yang achik pernah dengar:
penanggal, kuntilanak, langsuir, toyol, hantu Pocong, hantu pisang berangan, hantu pisang tanduk, Hantu Beras siam, hantu lilin cap matahari, hantu raya aidil fitri, hantu raya aidil adha….selamat hari raya aidil adha, eh…ape punye hantu daaa….

Kalam Achik: Masa di Malaysia dulu Achik cukup gementar nak lalu kawasan kubur di waktu malam dek cite2 hantu yang achik dengar sebelum nie tetapi keadan tue cukup berbeza apabila Achik berada di Syria. Bukan setakat lalu kawasan perkuburan di waktu malam, DUDUK SEBELAH KUBUR WAKTU MALAM pun dah tak rase ape2. Bayangkanlah…budak2 c nie boleh duduk di rumah yang bersebelahan dengan kubur, itulah rumah tuan punye blog JIRAN KUBUR daaa….

Friday, May 18, 2007

Kenangan lalu…mengapa kau hadir menghimpit di kalbu…

Alam persekolahan amatlah meninggalkan kesan buat diri Achik, di alam persekolahanlah Achik membesar untuk menjadi seorang insan berguna. Banyak kenangan yang telah Achik lalui samada kenangan manis atau pahit, tetapi semua itu telah menjadi asam garam kehidupan.

Teringat kenangan achik bersama seorang ustaz ketika achik masih seorang pelajar di ma’had dulu. Kenangan yang akan sentiasa terpahat di dalam memori achik. Namanya Ustaz Soleh Bin Basri. Seorang yang amat digeruni ketika Achik di ma’had kerana sifat garang yang telah dimaklumi oleh semua pelajar. Tetapi sebenarnya dia adalah seorang yang lemah lembut walaupun kebenaran itu mungkin telah terlambat bagi diri Achik.

Ketika masih di Ma’had achik sering digelarkan seorang budak nakal oleh ustaz2. Dengan perangai achik yang suka melangggar peraturan sekolah, membuatkan Achik dan beberapa orang sahabat lagi amatlah popular disetiap kali perbarisan mingguan. Selalunya nama Achik akan tersenarai di dalam senarai pelajar yang akan dirotan. Orang yang akan merotan itu pastilah Ustaz Soleh kerana dia adalah guru disiplin kami. Sifat dendam dan benci sering berlegar di dalam hati terhadap ustaz Achik yang seorang nie.

Ketika achik di tahun akhir, achik mula tersedar yang sifat achik ini akan merugikan diri sendiri. Achik mula memperbaiki perangai dan pelajaran yang kurang memuaskan sebelum ini. walaupun terkadang achik masih tersilap langkah tapi achik teruskan usaha untuk menuju kearah itu. Orang yang paling memberi sokongan adalah ustaz yang paling achik bencikan sebelum ini tak lain tak bukan adalah Ustaz Soleh. Dia banyak memberikan dorongan kepada achik walaupun sering diselitkan dengan sifat garangnya itu. Achik amat berterima kasih atas perhatian dia kepada Achik walaupun beberapa ustaz yang lain menganggap achik masih seperti dulu.

Apabila keputusan syahadah thanawiyah yang telah kami duduki sebelum ini diumumkan, Achik amat terkejut kerana achik adalah antara 3 terbaik bagi keputusan syahadah thanawiyah tahun itu dan melayakkan diri Achik untuk menyambung pelajaran ke Yaman. Achik amat berterima kasih diatas sokongan yang ustaz soleh berikan. Dia tidak jemu2 mendidik achik walaupun Achik selalu menimbulkan kemarahannya. Achik tidak memilih untuk menyambung pelajaran ke sana tetapi datang ke Syria ( atas sebab-sebab yang tertentu ). Sebelum Achik berlepas ke Syria dia sempat memberi beberapa nasihat yang akan Achik ingat sampai bila-bila.
Tetapi itu semua kisah beberapa tahun yang lalu, ketika Ustaz Soleh masih menabur jasa di dunia ini. Sekarang dia telah selamat kembali ke sisi tuhan yang lebih menyayanginya. Mungkin telah terlambat bagi diri Achik untuk membalas jasanya tetapi Achik tak akan melupakan segala nasihat dan ajaran yang telah dicurahkan buat Achik. Ustaz…ana akan menyambung kembali perjuangan ustaz dalam mendidik anak bangsa ke arah kebaikan. Terima kasih ustaz….!!!

Kalam Achik: Walaupun Ustaz Soleh telah meninggalkan dunia ini tetapi segala nasihat dan ajarannya akan terus hidup di dalam diri Achik. Selepas ini Achik akan biarkan nasihat dan ajaran Ustaz Soleh akan terus hidup di dalam diri generasi-generasi yang akan datang. Doakan Ustaz Soleh berada bersama orang-orang yang beriman…amin. Al-Fatihah…

Tuesday, May 15, 2007

Ha...hu..he..kui…

Sila ikut arahan yang achik tulis di bawah ini:


Gelak dalam nada “ ha..” sebanyak 3 x…

Ha…ha…ha…

Gelak dalam nada “ hu..” sebanyak 3 x…

Hu…hu…hu…

Gelak dalam nada “ he..” sebanyak 3 x…

He…he…he…

Gelak dalam nada “ kui..” sebanyak 3 x…

Kui…kui…kui…

Bagus…bagus…


Yahoo…!!! Achik berjaya mencipta sebuah entri yang paling mencuit hati sehingga anda semua tergelak dalam 4 nada yang berbeza, walaupun achik tak tulis sepatah haram cerita pun…!!!

Kalam achik : idea nie achik dapat ketika sedang meninggalkan kesan di dalam tandas rumah achik. Cara mendapatkan idea seperti ini telah disumbangkan oleh sahabat achik si bayu tue…syukran bebanyakla bayu, sesusahje…( cara nie sesuai bagi sesiapa yang mempunya tandas yang wangi sahaja, jika sebaliknya…anda akan mendapat TB dengan serta merta…)

Friday, May 11, 2007

Malunye Achik...

Achik rase niela keldai yang berhati busuk tue...


Banyak kali dah achik pesan, jangan..jangan..tp kamu tak nak dengar…kamu pergi jugak, Tempat2 macam tue memang penuh dengan kekotoran. Setiap kali manusia yang pergi pasti terjebak dengan kotoran2 yang ada di situ. Kotoran2 di situ akan merosakkan dan memalukan kamu apabila berdepan dengan masyarakat di sekiling kita nie. Tapi…Kamu memang susah nak dengar cakap orang….

Sekarang…siapa yang susah, achik dengan kamu jugak yg susah. Sekarang…semua orang tak mahu mendekati kita, semuanya menjauh apabila hampir dengan kita. Kamu memang selamba…sebab kamu tahu achik yang akan menanggung segala rasa malu yang disebabkan oleh sikap tak nak dengar cakap kamu tue. Achik nak pukul kamu x boleh…nnt achik jugak yang susah.

Lain kali jangan pergi lagi ke tempat2 macam tue, nie kali terakhir achik nasihatkan kamu…lepas nie jangan buat perkara sia2 tue. Bukan achik marahkan kamu…kamu pun banyak berbakti kat achik, tapi….” Wahai kaki…kenapala kau pegi pijak taik keldai tue….terpaksa aku tebalkan muka aku depan orang ramai, semua senyumje bile tengok aku…waaa…malunye…mane nak sorok muka nie…uwaa..uwaa..!!! ”

Kalam Achik: bile dah terpijak taik keldai nie barulah achik tahu 2 perkara yg tidak achik ketahui sebelum nie. Pertama: bau busuk taik keldai boleh membuatkan kita menjadi popular mengalahkan pelakon2 hollywood. Kedua: haiwan yang mempunyai hati yang paling busuk ialah keldai. Kenapa achik…? Ade ke patut die melepas kat situ, saje nak bagi achik malu la tue…mentang2 achik nie hensem.

Tuesday, May 8, 2007

Adam & Hawa




Dr Fadhilah Kamsah : “ Perempuan kalau bersiap sangat susah…baju ade seribu depan mata pun die boleh kata “ bang…x de bajula bang ”

Dr Masyitah Ibrahim : “ Lelaki nie kalau bersiap…seluar warna hijau stoking warna merah pun die boleh pakai ”

Di sini kita boleh lihat perbezaan antara lelaki dan perempuan, pening juga kepala kalau kita tak pandai nak handlekan masalah nie. Setiap perkara yang dilakukan oleh lelaki dan perempuan selalunya berbeza cara dan natijahnya. Tapi apa yang sebenarnya achik nak bicarakan ialah setiap perbezaan lelaki dan perempuan adalah untuk kita saling melengkapi antara satu sama lain. Umpama isi dan kuku, kita saling perlu memerlukan…contohnya jika terjadi perkara seperti yang disebutkan di atas. Dengan penilitian perempuan boleh memadankan pakain yang sesuai untuk lelaki dan dengan kesimplelan lelaki boleh mengurangkan masa perempuan untuk memilih pakain. Jadi jangan difikarkan perbezaan yang ada diantara dua pasangan kerana perbezaan inilah yang akan merapatkan dan memesrakan kita. Setiap yang dijadikan Allah pasti mempunyai hikmah yg baik buat kita. Masyaallah…amat hebat kekuasaanmu.


Kalam Achik : Kadang2 achik tergelak sendiri bile teringat ceramah motivasi yang disampaikan ole Dr Fadhilah dan Dr Masyitah. Banyak yg terkena batang hidung sendiri…tapi yg penting, achik seorang yg memahami perempuan. ( walaupun bukan 100%...)

Saturday, May 5, 2007

Akukah yang bersalah...


Di sebuah restoran…

Achik : “ Abang…bagi kami mie goreng 2 ”
Pelayan : “ nak minum sekali…?”
Achik : “ teh ais 2 “
Pelayan : “ ok…siap!! ”

Selepas setengah jam berlalu….

Achik : “ mane kita punye mie goreng nie…kate siap tadi ”
Sahabat Achik : “ erm…yela, x siap lagike…? “

Selepas sejam berlalu…

Achik : “ aku dah x tahan…nak kene depa nie, x siap2 lagike…? ”
Sahabat Achik : “ sabar achik…sikit lagi siapla…sabar 2 kan separuh daripada iman ”
Achik : selamat kau ade kat sini... kalau tak, dah lame kedai nie selamat kembali ke alam baqa’ ”

Selepas 2 jam berlalu…

Achik : “ oiii abang pelayan…mane kami punye mie goreng, dah bersawang kami tunggu kat sini…x siap2 lagike…? ”
Pelayan : “ la…kenapa x cakap awal2 nak makan mie goreng…”

Akukah yang bersalah…

Kalam Achik : Kalau ade 100 orang macam pelayan nie…boleh runtuh ekonomi Negara kita, x gitu…? ( cerita nie tiada kene mengena dengan yang mati atau yang baru lahir…berkenaan yang hidup sahaja dan yang sewaktu dengannya… )

Thursday, May 3, 2007

Cerita mase budak2 dulu...

Pada awal tahun 2004 yang lalu, 2 orang kontraktor dari India datang ke Malaysia untuk melancong. Mereka nie agak sombong sikit, yela…kontraktor yang berjaya. Sesampainya mereka di Malaysia, mereka telah di sambut oleh seorang pemandu pelancong yang telah ditugaskan oleh agensi pelancongan yang telah mereka tempah. Nama pemandu pelancong nie ialah Ahmad. Ahmad telah membawa mereka ke sebuah penginapan di pinggir Bandar Kuala Lumpur kerana mereka ingin lari dari kesibukan Bandar.
Keesokan harinya, bermulalah sesi lancong-melancong mereka. Pertamanya Ahmad membawa mereka untuk melawat bangunan-bangunan utama di Kuala Lumpur. Bangunan pertama yang dilawati ialah bangunan sultan abdul Samad di dataran merdeka. Sambil melawati bangunan tue, mereka bertanya kat ahmad “ eh…amad ( mereka nie orang India, 2 yang pelat skit ) berapa lama bangunan nie disiapkan?” ahmad pun menjawab “ 15 tahun jugakla…, kenapa dato’ Tanya?” dengan muka yang dibuat2 macho, mereka pun menjawab “ kalau di Negara kami, bangunan nie boleh disiapkan dalam masa hanya 10 tahun ” sambil tergaru2 ahmad pun membalas “ oh…hebatnya…” kontraktor “ mestilah…”
Selepas tue mereka melawat pula bangunan Bank Negara Malaysia. Sesampainya disana, mereka terus bertanya “ amad…bangunan nie berapa tahun pulak ? ” ahmad pun menjawab “ rase2nye….10 tahun jugakla, kalau di Negara dato’ berapa lama agaknya ? ”
Dengan bangganya mereka menjawab “ kalau di Negara kami, 5 tahun sudah boleh disiapkan…ha…ha…”. Di dalam hati ahmad berbisik “ ooo…berlagakye…takpe, sikit lagi korang tahula betapa hebatnya Malaysia…”
Bangunan terakhir yang mereka lawati adalah bangunan KLCC. KLCC adalah bangunan yang tertinggi di dunia ( waktu 2004 ) dan mempunyai 88 tingkat. Apabila sampai sahaja disana, mereka terus bertanya “ bangunan nie berapa lama pulak? ” apabila terkeluar sahaja soalan tue, Ahmad terus buat muka pelik seolah2 sedang menahan kencing dari terkucil. Kerana risau melihat keadaan ahmad mase tue, kontraktor2 tue pun bertanya “ kenapa amad…? Macam ade masalahje…” dengan tergagap, ahmad membalas “ bu...bu...bukan…” kontraktor2 tue semakin risau melihat gelagat ahmad “ kenapa nie…cakaplah!!! ” sambil melepaskan keluhan, ahmad menjawab “ semalam takde bangunan kat sini, tetiba hari nie ade pulak…” kontraktor “ Haa….”

Kalam Achik : Cakap pasal pemandu pelancong nie, kalau ada sesiapa nak melancong ke Syria bolehla cakap kat sahabat achik yang bernama Bayu tue, dia tue ada cita2 nak jadi pemandu pelancong yang berjaya. Bayu…aku dah offer hang kat depa nie, jangan lupe aku punye bahagian ek…he..he..( pesanan yang tersurat: sesiapa nak datang sini, jangan lupe bawak tempoyak k )

Wednesday, May 2, 2007

Kisah menyayat hati da...

Indo mie berbagai perisa

Baru2 nie achik ke airport untuk menghantar sahabat2 achik yang pulang ke Malaysia. Mereka nie adalah lepasan UM dan datang ke sini untuk mempelajari bahasa arab dengan lebih mendalam. Rase macam baru semalam mereka sampai ke sini, dah…balik ke Malaysia semula. Akhir zaman nie, masa berlalu begitu pantas…jika kita tak mengejarnya, kita akan sentiasa ditinggalkan…mungkin sebab itulah umat islam masih lemah dan sentiasa ditindas oleh musuh2nya.
Erm…bila bercerita mengenai Malaysia nie, rase rindu lak kat mak ayah di kampung…Entah sihatke tidakla agaknya. Hidup di perantauan nie banyak betul cabarannya, yela…“ hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri…lebih baik negeri sendiri ”. Dengan kehidupan di sini yang kurang mementingkan peraturan dan dengan sistem pengurusan yang kurang teratur menyebabkan masalah kepada kami pelajar ajanib ( bukan penduduk Syria ) untuk menguruskan kehidupan kami di sini. Tetapi semua nie, achik anggapkan sebagai cabaran untuk kehidupan sebenar yang akan achik hadapi di Malaysia nanti. Sekarang nie achik rase minggu percutian bagi rakyat di Malaysia, cuti hari buruh, pertabalan yang dipertuan agong dan macam2 lagi…achik rase mesti ada kenduri kahwin yang dilangsungkan minggu nie. Masih terngiang2 diingatan bagaimana meriahnya majlis perkahwinan yang diadakan di Malaysia, dengan lauk pauknya yang menyelerakan….sehingga menjilat jari kaki da...Bilalah mulut achik nie nak merasa makanan Malaysia ek…
Rasenye cukuplah sampai di sini, nanti cerita bebanyak rasa nak balik Malaysia pulak…buat sahabat2 yang ada di Malaysia nun jauh di mata, makan nasi minyak tue jangan lupakan kami di perantaun nie ek…salam perantaun buat semua. Selamat hari buruh, maaf zahir batin…he..he..( melalut lak achik nie… )

Kalam Achik : Hari nie Achik rase sungguh. gembira…nak tahu kenapa…? Achik berjaya makan nasi selepas 3 hari terpaksa menelan mie segera ( indo mie ) kerana semua ahli rumah achik sedang mengalami kemelesetan ekonomi yang akan melanda kami disetiap hujung bulan. Moga2 allah murahkan rezeki kami untuk bulan nie pulak…

Tuesday, May 1, 2007

kisah ratusan tahunda...

Pada suatu hari, seorang wartawan ingin mencari cerita terbaru untuk dimasukkkan ke dalam majalah mereka yang akan diterbitkan pada setiap hujung minggu. Sambil meronda-ronda mencari cerita terbaru, dia mendapat panggilan daripada sahabatnya yang juga seorang wartawan. ” Salam, ada apa call aku nie…?” sahabat “ aku ada cerita terbaru untuk kau” wartawan “ yeke…kaulah sahabat aku dunia akhirat” sahabat “kau pergi ke tempat nie, ceritanya mengenai…pot…pet…” wartawan “ ok..aku pergi sekarang jugak ”.
Sesampainya dia di sana, dia pun bertemu orang yang akan ditemuramah olehnya. Cerita kali ini mengenai seorang tua yang berusia ratusan tahun dan berjaya mengekalkan kesihatannya hingga sekarang. Dalam hati repoter itu berkata” pasti lakula majalah kali nie” . Dia memerhatikan orang tua itu, dengan wajahnya yang sudah berkedut, rambut yang sudah memutih dengan uban dan cukup sifat-sifat sebagai seorang yang sudah berusia ratusan tahun tetapi apabila terpandang sahaja orang tua itu perasaa pelik menyelubungi hati. Nak tahu kenapa…? Orang tua tu masih menghisap rokok tanpa henti dan di sekelilingnya penuh dengan botol-botol arak yang baru lepas diminumnya. Dia pun memulakan temuramahnya, wartawan ” atuk nie masih sihat walaupun sudah tua begini…” belum sempat menghabiskan kata2nya orang tua itu memotong “ kenapa panggil atuk, panggil abang dahla…” wartawan “ aik…kenapa lak orang tua nie elokla aku panggil dia atuk , takpelah…abang pun abangla…(dalam hati)” “boleh saya tanya apakah rahsia abang hingga boleh mengekalkan kesihatan abang sampai sekarang?” orang tua “ sebenarnya kalau kamu nak tahu, tapi abang susahla nak bagitahu kat kamu…” dengan perasaan ingin tahu wartawan tue pun bertanya “ apa dia abang, tolonglah… “ orang tua “ sabar2 rahsia bukan boleh bagitahu senang2 “ reporter mula berasa gembira kerana orang tua tu dah mula hendak menceritakan rahsia bagaimana mengekalkan kesihatan. Orang tua itu pun berkata”sebenarnya…aku menghisap rokok sebanyak 80 batang dan minum arak 20 botol sehari “ wartawan “ ui…biar betul abang, satu penemuan terbaru nie, nanti saya akan letakkan cerita nie di muka hadapan majalah kami ” orang tua “ bagusla tu” tetiba wartawan tue teringat satu soalan yang paling penting untuk ditanya “ boleh saya tahu umur abang yang sebenarnya “ sambil menonyoh lubang hidung orang tua tue menjwab “ 24 tahun…“ wartawan “ haaa…”


Kalam Achik : Sambungan cerita ” Beberapi hari selepas itu keluar satu berita mengenai seorang wartawan yang dimasukkan ke wad kerana tercium gas beracun dari stokin yang berusia ratusan tahun dan belum pernah dibasuh, dikatakan wartawan itu dipaksa mencium stokin oleh sahabat yang tertipu olehnya beberapa hari yang lalu “.macam2 hal da…