Achik Sufi

Wednesday, January 21, 2009

Barrack Obama...perlu diperhatikan dahulu!!!

Ermmm...

Dua hari lepas, Amerika telah menerima secara sah presiden baru bagi negara itu dan mendapat liputan meluas oleh media dalam dan luar oleh kerana ianya menempa sejarah apabila orang pertama yang berketurunan Afrika berjaya menduduki kerusi empuk sebagai Presiden Amerika yang ke-44. Itulah dia Barrack Hussein Obama, seorang Afro-Amerika yang menggemparkan dunia di atas pemilihan beliau sebagai calon presiden sebelum ini dan secara sah sebagai presiden Amerika yang baru.

namun, apa yanG Achik ingin sebutkan ialah kehendak beliau untuk memperbaiki atau membawa satu hala tuju yang baru dengan dunia Islam. Achik amat terkejut sebenarnya dengan apa yang beliau gagaskan itu, kerana ia amat bertentangan dengan janji beliau kepada perampas Isreal ketika kempen pilihanraya sebelum ini. entahlah...Achik masih tidak faham apakah sandiwara yang ia ingin mainkan ataupun ianya benar-benar akan dilakukan.

apa2pun, kita mestilah memerhatikan dahulu tindakan beliau selepas ini sebelum kita menghukum terhadap apa yang ia sampakan itu. kita perlu berhati-hati agar tidak terjebak ke dalam lubang dua kali seperti yang telah disabdakan oleh Nabi Muhammad saw. Akhirnya, Achik harapkan umat Islam akan sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah di mana pun berada.Amin....

Sunday, January 18, 2009

Kembali!!!

Entahlah,
Achik pun tidak tahu apa yang mendorong diri ini untuk meng"hidup"kan semula blog yang telah lama menyepi ini...

Entahlah,
Achik pun tak tahu kenpa setelah lama menyepi, Achik bersemangat untuk kembali semula ke persada ini...

Tetapi,
Apa2pun Achik telah kembali!!!

kembali dengan "semangat baru" yang achik harap akan berterusan selepas ini...

salam kembali Achik ucapkan buat semua...
dengan lafaz...

"Assalamualaikum"

Thursday, March 27, 2008

Ermmm.....

Dot...dot...dot....

Baru-baru nie Achik telah dipaksa oleh " Ayong " membeli sebuah buku kecil yang ditulis oleh al-Allamah Syeikh Ali Tantawi . Mahal juga harganya, 60 Lira Syria walaupun ianya sangat kecil (pada pandangan Achikla...). Tetapi rupanya ada hikmah disebalik paksaan itu sebenarnya. Achik telah memperolehi sebuah kalam yang Achik rasa sungguh berharga. Di sini Achik ingin kongsikan bersama rakan-rakan, hayatilah dengan hati yang merendah diri kepada Allah:

" Doa bukanlah bermaksud untuk kita meninggalkan sebab, kerana doa ini juga adalah salah satu dari sebab. Terkadang Allah menyembuhkan seseorang dengan sebab ubatan, terkadang juga ia menyembuhkan seseorang dengan sebab doa "

erm.....

Kalam Achik: Dalam buku kecil itu juga al-Allamah Syeikh Ali Tantawi membawa beberapa kisah yang menceritakan beberapa individu yang disembuhkan penyakitnya oleh Allah disebabkan doa.

Saturday, March 22, 2008


Salam...


Pengumuman buat semua kengkawan...


Blog nie terpaksa tidak diupdatekan atas beberapa sebab yang tak dapat dielak atau disihkan kerana ianya berkaitan hidup dan mati seseorang...he..he..


Mungkin dalam 2 atau 3 hari lagi ianya akan diberi nafas baru semula...


Syukran...

Monday, February 11, 2008

Layarilah...
www.zuhayli.com


Kalam: Marilah kita ambil manfaat dari laman ini mudah-mudahan kita akan berjaya menjadi seorang muslim sejati.

Monday, January 28, 2008

Cerita Bahsah




“ Achik…jom pegi bahsah ( Nama sebuah kawasan penjualan barangan komputer di Damsyik ) , aku nak cari software terbarula…”
“ Malasla…Achik baruje pegi 2 hari lepas, besok-besok jela…”
“ Janganla cam tue…kau kene teman aku gak Achik, kaulah kawan aku dunia akhirat ”
“ Taknakla…hujung minggu niela kita pegi…”
“ Jomla…kalau kau ikut aku, nanti aku tunjukkan kau tempat “ cuci mata ” baik punyeerr…!!! ”
“ Ish kau nie…tak elok buat cam tue, kalau kau buat pun janganla ajak aku…!!! ”
“ Kau nie banyak cakap betulla…siap cepat, ikut aku…”

Selepas setengah jam menaiki service
Sampailah kami ke bahsah…

“ Mari aku tunjukkan tempat “ cuci mata ” tue, mesti kau tertarik punyeerr…”
“ oiii…aku x penah buat bende-bende camnie, aku dah teman kau cari software tue…aku nak balikla….!!!”

Sambil berlaku tolak menolak dan tarik-menarik…
Sampailah kami di tempat “ cuci mata “ tue…

“ Ha…niela tempat tue, happening x …? ”
“ erkkk… ”
“ kenapa achik…? ”
“ nie ke tempat “ cuci mata ” yang kau cakap tue…? ”
“ tak dapat disangkalkan lagi ”
“ Memang happening sungguh tempat nie ”

Rupanya…

“ Selamat datang ke Klinik Cuci Mata ”

Macam tue pun adaka…?

Kalam Achik: kisah ini tiada kene mengena dengan yang hidup atau yang telah mati. Ianya hanyalah khayalan yang berhasil dari perbualan kelakar Achik dan seorang sahabat yang sama-sama tidak boleh tidur malam.

Thursday, January 3, 2008

Kembalilah kepada islam!!!


Pelik...pelik...dan pelik...Bagaimanakah pemimpin seperti ini akan menjadi contoh buat rakyat dalam menjayakan Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) melalui pembinaan modal insan yang telah diwar-warkan, pada pandangan achik mungkin ini hanya akan menjadi rancangan yang tidak mungkin akan berjaya. Begitu juga pemimpin-pemimpin negara kita yang lain yang telah terbukti mustahil menjadi seorang yang akan memimpin kita semua untuk menuju pembinaan modal insan yang berjaya. Marilah kita kembali kepada islam kerana telah terbukti dengan islamlah kita semua akan maju tak kira dari segi rohani dan fizikalnya. Tidak bermakna jika kita hanya maju dalam bentuk fizikalnya tetapi kita masih mundur dari segi rohaninya. Hanya islamlah yang dapat mendidik hati agar ia dapat dibendung untuk menjadi seorang insan yang diperlukan oleh agama, bangsa dan negara. Sebagai contohnya saidina Umar al-khattab, bagaimana dari seorang kafir yang tegar dan ganas dalam tindakannya menjadi seorang khalifah bagi dunia islam yang lemah lembut dan bertimbang rasa. kembalilah kepada islam!!!


Kalam Achik: Achik memuji tindakan Datuk Chua Soi Lek diatas tindakan drastik beliau baru-baru ini kerana ini adalah sikap yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin negara kita. Semoga penggantinya nanti adalah seorang yang amanah dan bertanggungjawab dalam membela nasib rakyat...amin.