Achik Sufi

Sunday, April 29, 2007

Malam yang sunyi...

Pada suatu malam yang sunyi, achik pergi ke kedai runcit yang berhampiran dengan rumah sewa achik. Sebenarnya achik pun tak tahu apa yang achik nak beli tapi semestinya sesuatu yang akan diisi ke dalam perut achik yang sedang menyanyi-nyanyi lagu menyayat hati minta diisi makanan. Sedang achik asyik membelek barangan yang ada di kedai runcit tersebut, achik ternampak sahabat achik. " La...ingatkan sape tadi, patutla besar semacamje...( mengumpat dalam hati tak berdosa, betulke hukum tu...?) ". Achik pun menegur sahabat achik tu " mai nak beli ape nie...? ( sahabat achik nie orang belah2 utara, tu yang cakap loghat utara) " sahabat achik pun menjawab " nak beli aiskrimla...".pelik jugak kawan aku nie..." buang tebiat betulla hang nie..."sahabat achik " dah mengidam, nak buat camne...". Aik...dah macam orang mengandung lak dia nie, sambil ketawa achik masih sempat bagi pesanan " kalau nak beli aiskrim, jangan beli yang lebih seringgit " dengan muka yang pelik dan penuh kesangsian bagai ternampak UFO mendarat, kawan achik bertanya " kenapa tak boleh beli yang lebih dari seringgit? " dengan selamba achik menjawab " ada lemak babi "


Kalam Achik : Masih banyak perkara yang achik tak tahu rupanya di dalam dunia nie, salah satunya ialah ( penyakit mengidam bukan sahaja dihidapi oleh orang perempuan yang sedang buncit kerana mengandung tetapi boleh juga dihidapi oleh lelaki yang berperut buncit ) jangan marah...satu penemuan yang terbaru.

Wednesday, April 25, 2007

Pengenalan


“ Nak kemana tue?” sahabat achik “ nak ke cc la…” achik bertanya semula “ nak call mak di malaysiake? ” sahabat achik membalas “ erm…nak call mak, lepas tu nak tengok2kan blog aku sekali ”. Begitulah keadaannya bila achik bertemu sahabat2 achik di sini. Asal nak ke cc je…mesti nak tengok blog, asal nak tengok blogje…mesti ke cc, ai…macam biase dengarje ayat nie, tapi dimana ya…?. Seronokye…kalau ade orang yang selalu nak tengok2kan kita, makan dan pakai kita sentiasa terjaga…seronoknya,x gitu? eh…kemana pulak melalutnye achik nie.

Bila difikir2kan semula, kenapala sahabat2 achik nie selalu sangat nak tengok2kan blog mereka. Rupa2nya banyak fungsi2 blog yang achik tak tahu sebelum nie, tapi rasanya tak perlu achik senaraikan fungsi2 blog kerana sahabat2 semua pun sudah arif mengenai perkara tu. Yela…kalu dah tiap2 hari kita tengok2kan seseorang tu, pasti kita dah tahu baik buruknya…betul tak?. Jadi, atas sebab yang achik sebutkan tadi maka tehasillah sebuah blog yang terpaksa achik tengok2kan dia selalu. Tak tahula achik boleh jaga dia dengan baik atau sebaliknya ( sedihla pulak…). Biasala manusia nie, dia tak boleh tengok orang buat...pasti dia pun nak buat.
Buat akhirnya, achik nie orang baru dalam dunia blog-memblog nie…kalau ada sesiapa yang sudi nak tunjukkan bagaimana cara nak menjaga blog nie dengan baik, sudi2kanlah diri tu ye…jasamu ku kenang sampai ke lubang jamban, eh…lubang kuburda.wassalam


Kalam Acik: Bila achik dah mula buat blog nie baru achik tersedar satu lagi fungsi blog yang mungkin sahabat masih tak tahu. Nak tahu...? satu lagi fungsi blog ialah ( blog boleh menghabiskan duit tuannya dalam sekelip mata bagi sesiapa yang tiada line internet di rumahnya ). kenapa lak achik...? mane taknye...achik nak kene pergi ke cc tiap2 hari, uwa...uwa...habislah duit aku.