Achik Sufi

Saturday, July 28, 2007

Hari ini dalam sejarah....

1. Hari ini seperti 3 hari yang lepas, rumah achik dilanda kemarau yang menyebabkan bekalan air terputus. bekalan air hanya dislaurkan sejam sehari mungkin dek musim panas yang panas ini, menyebabkan achik terpaksa merantau ke rumah2 kawan achik yang berdekatan utk menyucikan diri ini. memang susah berada di musim panas yang panas ditambah dengan kekurangan bekalan air menjadikan diri semakin kurang kesabaran.
2. Hari ini achik berjaya memaksa diri achik untuk mengupdate blog yang suah kurang dikunjungi, atas sebab2 yang x dapat dielakkan. achik juga berjaya melawat ke blog2 sahabat achik yang sudah dipenuhi entri baru, yag achik sudah ketinggalan utk membacanya tapi apa2 pun achik berdoa akan terus dapat menjenguk sahabat seblog.
3. Hari ini achik berjaya menyentuh nasi selepas 3 hari yang lalu dapur rumah achik x berasap dek bekalan air yang terputus. berjaya achik menyentuh nasi atas kerajinan sahabat achik menakung air utk memasak walaupun air bagai hendak x hendak keluar dari kepala paip.

kalam achik: sukan bola sepak malaysia makin merudum pretasinya buat masa ini, entah salah siapa yang menyebabkan perkara ini berlaku...tapi bagi achik, berjayanya sebuah pasukan atas kebijaksanaan pimpinannya....

Monday, July 23, 2007



Hidup ibarat roda...

Ada masa senang,

Ada masa susah,

Ada masa lapang,

Ada masa sempit,

Tapi hidup perlu diteruskan...

Biar badai melanda,

Biar guruh berdentum,

Biar awan mendung,

Biar taufan tiba,

Hanya tuhan yang menentu segalanya...


Kalam Achik: kesibukan sudah sampai ke tahap yang tak terkawal...mungkin susah buat achik nak menjenguk selalu ke blog nie, tapi ape2 pun achik akan terus berusaha untuk menghidupkan blog ini...amin.