Achik Sufi

Monday, September 17, 2007

Bulan Ramadhan Bulan Kesabaran...

" ishh..ishh..ishh..penat aku tulis, dah hilang pulak dia...sakitnye hati, selamatla sekarang nie bulan ramadhan kalau x...lame dah aku telan komputer nie..."

Begitulah keadaan achik selepas segala apa yang achik tulis terdelete dengan sendirinya dek kelalain achik sendiri. oleh kerana itu...inilah entri achik kali ini. semoga terhibur hendaknya...

" Puasa jangan x puasa...!!!! "

Kalam Achik: 2 3 hari nie rezeki achik di sini murahje...biasalah, dah masuk bulan ramadhan nie...pak arab c nie akan bersedekah kat kami tolib ilim nie( penuntut ilmu )...tak kira dari makanannya, bantuan kewangannya...dan macam2 lagilah. Semoga rezeki anda semua pun akan sentiasa murah-murah belaka....bukan jualan murah atau tak bermaruah!!! ( samake bunyi tue...kire boleh jela...)

Tuesday, September 11, 2007

Esok Puasa Ke Raya...???

Salam,

Buat pengetahuan semua pengunjung, Achik masih lagi dalam waktu berkabung di atas kekalahan perak kepada kedah di final Piala Malaysia baru-baru ini. Hadirnya achik di sini adalah untuk membuat ucapan raya buat...eh...silap lak...ucapan puasa daa...buat semua kengkawan yang sudi berkunjung ke pondok achik nie...

" selamat berpuasa, selamat bertarawih dan selamat bermoreh buat semua kengkawan tak kira yang tua atau yang muda atau yang belum lahir, semoga kedatangan ramadhan kali ini akan menjadi medan untuk kita terus menjadi sorang hamba yang taat kepada tuhannya"

p/s: ketika achik sedang menulis entri nie...achik masih tak tahu bile mula puasa, kerana di sini tiada penyimpan mohor besar yang akan umumkan tarikh puasa...hanya sampai dari mulut ke mulutje...ape2pun selamat berpuasa..!!!!

Thursday, September 6, 2007

Kejor Yob Kejor!!!


Kejor Yob Kejor,

Slogan kami...!!!


Walaupun berjauhan dari negara yang tercinta...tapi achik masih dapat merasakan kehangatan Final Piala Malaysia sabtu ini. Negeri tercinta berjaya melayakkan diri ke final setelah kempunan beberapa kali semenjak dari tahun 2001 hinggalah berjaya merealisasikan penampilan ke final buat kali ke-18.


walaupun berada di Syria, beberapa kali juga bertikam mulut dengan penyokong kedah di sini( biasela melawak sesame kengkawan...) setelah 2 kali pertemuan dengan negeri jelapang padi.pertama di suku akhir Piala FA dan setelah itu persaingan sengit di Liga Super dan kedua-duanya Perak memberi peluang Kedah untuk bergembira buat sementara waktu kerana sesiapa yang memenangi Piala Malaysia seolah-olah memenangi kesemua piala yang dipertandingkan. Kali ini Perak akan menunjukkan semangat seladang...siapa datang pasti kene tendang.SEMANGAT DATUK MAHARAJALELA!!!


achik mengharapkan sukan bola sepak kita akan terus maju selepas kebangkitan skuad bawah 23 tahun kita yang berjaya merangkul piala pesta bola merdeka selepas aksi memalukan skuad senior di sukan asia yang lalu. sampai sekarang masih ada pak arab sini yang memperlecehkan skuad kita, bukan kesalahan mereka tetapi adalah kesalahan kita yang tidak menunjukkan "semangat melawan " skuad harimau.


"Majulah Perak untuk negara"


Kalam Achik: Kejor yob kejor...jangan anda silap sebut yob kejor yob udah, membawa makna yang lain tue...HIDUP PERAK!!!


Saturday, September 1, 2007

Cerita Orang Kata Kita....

Orang kata cinta itu buta
Secara zahirnya, bukan orang biasaje yang boleh bercinta, orang buta pun boleh bercinta gak…
Secara batinnya, cinta perlu didampingi dengan iman supaya x terhumban ke lembah kehinaan...


Orang kata masa itu emas
Secara zahirnya, perempuan kalau nak pilih barang kemas mesti ambil masa yang lama …
Secara batinnya, masa lalu tidak akan kembali walaupun diberi emas permata…


Orang kata hidup ibarat roda
Secara zahirnya, kalau nak baiki roda basikal kene ada spanar hidup baru boleh…
Secara batinnya, hidup ini terkadang kita di atas dan terkadang juga kita di bawah…


Orang kata sedangkan lidah lagikan tergigit
Secara zahirnya, kalau nak sembuh penyakit senggugut kene gigit pokok lidah buaya barang 2 3 helai…(betulke..?)
Secara batinnya, tiada hidup yang sentiasa aman damai Cuma yang penting bagaimana cara kita mengawalnya…


Orang kata lari bagai lipas kudung
Secara zahirnya, satu lagi acara baru akan dimasukkan ke dalam sukan olimpik iaitu acara lari bagai lipas kudung…
Secara batinnya, seseorang yang lari dalam keadaan yang terlalu laju lariannya…

Orang kata hensem itu achik
Secara zahirnya, tiadalah hensem itu melainkan achik dan tiadalah achik itu melainkan hensem
Secara batinnya, x malu betul achik nie…puji diri sendiri hensem daa…

Kalam Achik: Selamat menyambuat hari kemerdekaan yang ke-50. semoga kehadiran detik kemerdekaan ke-50 ini akan menjadi titik tolak kepada usaha merealisasikan cita2 kita untuk melihat islam terus maju dan negara kita menjadi antara negara maju menjelang tahun 2020…amin.Bagero…!!!