Achik Sufi

Monday, May 28, 2007

Pemberi dan penerima...

Achik ingin bertanya pada sahabat semua, antara pemberi dan penerima mana yang lebih gembira. Menjadi tangan yang di atas lebih gembira atau tangan yang di bawah lebih gembira.

Achik pasti jawapan anda semua ialah si penerima lebih gembira, betul tak...? Yela…penerimalah yang lebih gembira kerana ia mendapat sesuatu lagi2 kalau benda yang diberi itu adalah barang yang berharga. Si pemberi pula pastilah yang kurang gembira kerana ia telah mengeluarkan sesuatu dari hartanya. Masuk akal jika anda memilih si penerima lebih gembira daripada si pemberi atas sebab2 yang achik sebutkan tadi.

Achik rasa jawapan anda akan berubah jika Achik bertanya soalan ini. Jika anda adalah seorang ayah atau ibu, apabila anak2 anda meminta anda menghadiahkan mereka sesuatu. Anda berusaha untuk memberi mereka hadiah dan anda berjaya untuk mendapatkannya…apabila anda menghadiahkan hadiah tersebut kepada mereka, mereka memeluk anda dengan perasaan penuh gembira atas pemberian anda, pada waktu ini adakah anak2 anda lebih gembira atau anda lebih gembira…?. Jika anda seorang suami, ketika isteri anda mengandung dan ia mengidam sesuatu yang susah untuk anda dapatkan. Selepas bersusah payah anda untuk mendapatkannya, anda memberikannya kepada isteri anda…isteri anda meluahkan kegembiraan dengan mengucapkan kata2 kasih buat anda, tika ini siapakah yang lebih gembira, isteri andakah atau diri anda sendiri yang lebih gembira…?

Mengapa jawapan anda adalah diri anda sendiri sedangkan anda adalah si pemberi bukannya si penerima. Jawapannya adalah kerana anda memberi dengan penuh kasih dan sayang. Kasih sayang adalah kunci untuk anda berasa gembira dalam melakukan sesuatu perkara, tak kira apa jua perkara sekalipun yang anda lakukan jika disertakan dengan kasih sayang pasti membuatkan anda gembira. Oleh itu suburkan dalam diri anda semua sifat kasih dan sayang, anda tidak akan rugi buat selama2nya.

“ Kasih sayang adalah pengikat diantara dua jiwa ”

P/s: Achik suka menjadi pemberi dan penerima. Tetapi ada masanya achik lebih suka jadi penerima…nak tahu bila? Diantara pemberi dan penerima duit raya, achik lebih suka status penerima kerana umur Achik sekarang dah tak memungkinkan achik untuk menerima duit raya…uwa..uwa..

Kalam Achik : Tak lama lagi achik akan menghadapi imtihan, jadi achik ingin berkhalwat dengan kitab2 achik buat sementara waktu ( ini tiada kene mengena dengan kes khalwat muda mudi skarang, jangan ada yang report kat jais cukup!!! ). Walaupun achik x akan bertemu sahabat semua sepanjang waktu imtihan, panjatkanlah doa kepada tuhan moga2 achik berjaya pada imtihan kali nie.amin…arigato gozaimas, sayonara!!!

26 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home